SHAH ALAM - Pemberian lesen baharu kepada syarikat penerbangan di dalam negara bakal meningkatkan daya saing industri penerbangan negara melalui persaingan yang lebih sihat, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Pengawal selia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemberian lesen baharu kepada syarikat penerbangan di dalam negara bakal meningkatkan daya saing industri penerbangan negara melalui persaingan yang lebih sihat, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Pengawal selia industri penerbangan awam itu berkata, dalam jangka masa panjang, kehadiran syarikat penerbangaan baharu itu juga dilihat bakal memberikan manfaat kepada pengguna.

"Di samping itu, walaupun sektor penerbangan akan terus menghadapi beberapa cabaran dalam masa terdekat seperti kenaikan harga bahan api jet dan kemungkinan penularan varian COVID-19 yang baharu, ia dijangka akan beransur pulih pada tahun ini.

"Tambahan pula, jumlah penumpang penerbangan domestik pada suku pertama tahun 2022 iaitu sebanyak 7.7 juta, telah menunjukkan pemulihan sebanyak 60 peratus berbanding jumlah penumpang suku pertama tahun 2019 (pra pandemik) sebanyak 13.1 juta,” jelas Mavcom dalam kenyataannya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mavcom pada Disember lalu memberikan kelulusan bersyarat bagi Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) kepada syarikat yang mengoperasikan perkhidmatan tambang murah, MYAirline iaitu Z9 Elite Sdn. Bhd untuk mengemukakan permohonan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Mengulas mengenai perkara tersebut, Mavcom berkata, ASL penuh hanya akan diberikan setelah pemohon memiliki AOC yang sah dan dikeluarkan oleh CAAM.

"Ini bermakna sepanjang tempoh Kelulusan Bersyarat bagi ASL tersebut, MYAirline tidak dibenarkan untuk membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah di antara dua tempat atau lebih yang sekurang-kurangnya satu daripada tempat tersebut berada di Malaysia.

"MYAirline juga tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan tiket penerbangan, pemasaran dan pengiklanan,” ujar kenyataan itu lagi.

Bagi pengeluaran Kelulusan Bersyarat bagi ASL kepada MyAirline itu, Mavcom memaklumkan pihaknya telah mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk prestasi industri penerbangan secara keseluruhan dan pertumbuhan pada masa hadapan.

Klik di sini untuk terus membaca