HAMPIR tidak ada penurunan hujan di kampung Hargududo, tenggara Habsyah dalam tempoh 18 bulan dengan banyak bangkai kambing, lembu dan keldai yang kering ditemui berhampiran pondok jerami di kawasan itu. Kemarau terburuk yang melanda negara... Klik di sini untuk terus membaca

HAMPIR tidak ada penurunan hujan di kampung Hargududo, tenggara Habsyah dalam tempoh 18 bulan dengan banyak bangkai kambing, lembu dan keldai yang kering ditemui berhampiran pondok jerami di kawasan itu.

Kemarau terburuk yang melanda negara Kenya, Somalia and Habsyah di timur Afrika itu telah menyebabkan 20 juta orang berisiko mengalami masalah kelaparan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia juga menghancurkan cara hidup lama dan menyebabkan ramai kanak-kanak yang menderita kekurangan zat makanan kerana masalah kemarau yang teruk berlaku dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Bulan April dimaksudkan sebagai salah satu bulan yang paling basah dalam setahun di rantau ini, tetapi udara di Hargududo pula panas dan kering manakala bumi berdebu serta tandus.

Bagaimanapun, kebanyakan haiwan milik seramai 200 buah keluarga pengembala separa nomad di kampung tersebut telah musnah.

"Mereka yang mempunyai seramai 300 ekor kambing sebelum musim kemarau kini hanya tinggal 50 hingga 60 ekor," kata seorang penduduk kampung, Hussein Habil yang berusia 52 tahun kepada AFP.

Kisah-kisah yang menyedihkan tragis terdapat di seluruh kawasan selatan Habsyah dan di negara jiran Kenya dan Somalia.

Wilayah Afrika timur mengalami kemarau yang paling teruk dalam temoh beberapa dekad lalu. - Foto AFP

KEBULURAN

Di Habsyah, krisis kemanusiaan banyak berlaku di wilayah utara negara tersebut disebabkan oleh peperangan antara pihak kerajaan dengan Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) yang menyebabkan sembilan juta orang memerlukan bantuan makanan.

Namun, Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menganggarkan bahawa sehingga 6.5 juta orang di Habsyah iaitu lebih daripada enam peratus daripada populasi negara berkenaan juga berasa sangat tidak selamat disebabkan oleh masalah kemarau.

Kekurangan hujan telah membunuh hampir 1.5 juta ekor ternakan, kira-kira dua pertiga daripadanya di wilayah Somalia, kata OCHA yang menunjukkan betapa mencemaskan keadaan kemarau tersebut.

Haiwan ternakan merupakan aset bagi penduduk nomad di wilayah yang gersang di Habsyah kerana ia merupakan sumber makanan dan pendapatan serta simpanan mereka.

Bagaimanapun, bilangan haiwan yang masih hidup telah berkurangan sehingga nilainya semakin turut berkurangan sekali gus mengurangkan kuasa beli isi rumah yang semakin terdedah, kata OCHA sambil memberi amaran tentang kesan akibat kemarau tersebut.

"Kami adalah nomad tulen sebelum kemarau ini dengan bergantung kepada haiwan untuk daging, susu dan wang," kata Tarik Muhamad yang berumur 50 tahun dan merupakan seorang pengembala dari Hargududo, 50 kilometer dari Gode iaitu bandar utama dalam zon pentadbiran Shabelle di Habsyah.

"Tetapi, pada masa kini ramai daripakan kami menetap di kampung. Tidak ada lagi masa depan dalam penggembalaan (haiwan) kerana tidak ada lagi haiwan untuk digembala (haiwan mati akibat kemarau)," ujarnya.

Kehidupan seluruh masyarakat semakin hancur kerana kehilangan ternakan telah mengancam cara hidup penggembala, penduduk kampung terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mencari kerja di bandar, keluarga berpecah, anak-anak diabaikan kerana ibu bapa fokus untuk mencuba menyelamatkan haiwan ternakan yang penting untuk kelangsungan hidup.

"Kehidupan nomad sudah berakhir,” kata Muhamad yang menceritakan tentang kesan daripada kemarau teruk yang melanda Habsyah.

Seawal tahun 2012, kajian oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS), mendapati bahawa selatan wilayah Habsyah menerima hujan sebanyak 15 hingga 20 peratus kurang daripada pada era 1970-an.

Kawasan yang mendapat hujan tahunan sebanyak 500 milimeter diperlukan kerana Habsyah mengalami masalah kekurangan aktiviti pertanian yang berdaya maju dan penternakan haiwan.

Dalam cahaya pagi di Adlale, tidak jauh dari Gode, berpuluh-puluh wanita berwarna tudung muncul dari awan debu oker untuk mengumpulkan bantuan makanan kecemasan yang diedarkan oleh Program Makanan Sedunia (WFP) PBB.

"Kami berjalan kaki selama lima hari untuk ke sini,” kata Habiba Hassan Khadid berusia 47 tahun dan ibu kepada 10 orang anak.

"Semua ternakan kami musnah kerana kemarau," ujarnya.

KEMARAU PALING TERUK

Seorang ibu, Ahado Jees Hussein, 45, dan balu kepada tujuh orang anak tiba di Adlale dengan membawa seorang anak lelaki yang cacat berusia 15 tahun dan menceritakan kisah yang sama tentang kehilangan semua kambing dan keldai pada musim kemarau teruk kali ini.

"Saya tidak pernah mengalami kemarau sebegitu (teruk) sebelum ini," katanya.

Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell berkata, seramai 10 juta kanak-kanak di seluruh Habsyah, Kenya, Somalia dan Djibouti memerlukan sokongan segera menyelamatkan nyawa mereka.

Begitu juga dengan krisis kekurangan zat makanan, kanak-kanak terpaksa minum air tercemar sekali gus meletakkan mereka pada risiko terkena penyakit kolera dan penyakit pembunuh lain, kata Russell baru-baru ini.

Abdi Kabe Adan iaitu seorang yang tegap dan berusia 50 tahun menangis tidak terkawal dan berdoa kepada Allah agar hujan turun di kawasannya yang dilanda kemarau teruk.

"Saya telah melihat kambing memakan najis mereka sendiri, unta memakan unta lain. Saya tidak pernah melihatnya dalam kehidupan saya," ujarnya. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca