AWANG puji Tuk Seri Bossku Najib dan Tuk Seri Anwar berdebat perdana, walaupun kedua-duanya tidak atau belum ‘perdana’ lagi.
Bagus sangatlah berhujah secara terbuka di gelanggang terbuka supaya rakyat dapat lihat siapa sebenarnya mereka.
Banyak jugalah orang berkata, debatnya betul tapi topiknya salah. Apa nak didebatkan pasal syarikat yang pemiliknya buat duit sedangkan syarikat rugi?
Kedua-dua tokoh yang berdebat ini ada hujah, yang seorang nak selamatkan Sapura Energy Berhad, yang seorang tak setuju.
Awang wakili rakyat terbanyak, hal nak selamat atau bail out syarikat gergasi seperti ini dah jadi satu masalah bagi negara kita dan patut dihentikan. Asal bermasalah, bail out.
Tapi tak pernah punca sebenar didedahkan.
Tak ada pun pemilik atau pengurus syarikat yang masuk jel oleh sebab kesalahan mereka, kalau benar mereka bersalah.
Banyak pula yang jadi kaya raya.Tak apalah Bossku panggil Tuk Seri Anwar ‘wira forensik’. Tuk Seri Anwar patut bangga.
Pada pendapat Awang kalau banyak wira forensik, 1MDB tak mungkin berlaku.
Bukanlah Awang nak menyebelah mana-mana pihak, tapi cukup-cukuplah alasan kononnya nak selamat duit rakyat maka terpaksa selamatkan syarikat bermasalah. Dalam hal ini Awang sokong Tuk Seri Anwar.
Cukup-cukuplah bebankan rakyat!
Klik di sini untuk terus membaca