BUTALAH mata sesiapa yang tak nampak bahawa doktor pelatih dan doktor junior kerja lebih masa selama ini.
Aduan bahawa mereka kerja 24 jam atau lebih bukan baru. Ini cerita lama.
Sekarang ini cerita doktor senior buli orang bawah dah timbul pula. Ini pun bukan cerita baru.
Cuma selama ini semua buat tak tahu atau pura-pura tak dengar.
Awang dengar cerita banyak doktor pelatih dan doktor junior yang tak tahan.
Ada yang tinggalkan profesion itu. Banyak pula adalah doktor kontrak.
Sudahlah mereka rasa jaminan masa depan tak ada, kerja pula teruk dan ada kes buli pula.
Apa yang Ketua Pengarah Kesihatan patut buat adalah turun ke bawah, tengok apa yang berlaku di lapangan.
Kita dah sampai peringkat peralihan ke endemik, agaknya Ketua Pengarah dah boleh tinggalkan pejabatnya untuk turun padang.
Bagus sangatlah Menteri Kesihatan ambil perhatian.
Dalam kenyataan terbaru, Khairy Jamaluddin kata ada doktor pakar turut terbabit membuli.
Kata beliau akan ada siasatan dibuat oleh Unit Integriti kementerian itu.
Awang tak setuju unit itu sahaja terlibat.
Patutnya dibuat satu pasukan penyiasat yang terdiri daripada wakil Kementerian Sumber Manusia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Peguam dan lain-lain.
Rakyat mahu isu kontrak dan kes buli serta kerja lebih masa yang melampau ini ditangani segera. Jangan sampai ada kes stres dan bunuh diri berlaku lagi.
Klik di sini untuk terus membaca