SHAH ALAM - Cadangan pindaan perlembagaan UMNO bagi membolehkan proses pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) tidak wajar hanya dibuat sekadar bertujuan mengekalkan kedudukan satu atau dua pemimpin tertentu. Ahli Parlimen... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Cadangan pindaan perlembagaan UMNO bagi membolehkan proses pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) tidak wajar hanya dibuat sekadar bertujuan mengekalkan kedudukan satu atau dua pemimpin tertentu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tiada masalah untuk menyokong agenda pindaan perlembagaan parti berkenaan yang dirancang bakal diusulkan menerusi Persidangan Agung Khas (EGM) UMNO pada 15 Mei ini, memandangkan perkara itu adalah hak parti.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang keputusan besar parti yang dibuat haruslah pada akhirnya memberi faedah kepada masyarakat terutama orang Melayu di negara ini.

Tengku Razaleigh

"Kalau hanya buat semata-mata untuk menjaga kepentingan dalam kain masing-masing, memang tiada faedah kepada orang Melayu.

"Sebab akhirnya orang Melayu juga yang bakal menjadi penentu sama ada tindakan itu betul atau tidak. Ia mesti berasaskan hak keperluan ahli dan tidak boleh sekadar memenuhi keperluan satu atau dua orang pemimpin. Saya rasa itu tidak kena,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menegaskan usul meminda Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan selepas PRU15 dijangka diluluskan dengan mudah pada EGM UMNO, Ahad ini.

Jelas Ahmad Maslan, ia berikutan usul yang dicadangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bulan lalu, disokong sebulat suara oleh perwakilan yang hadir.

Tambah Ahli Parlimen Pontian itu, walaupun usul berkenaan sudah diluluskan pada PAU lalu, ia perlu dilakukan mengikut prosedur Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Minggu lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan akan membentangkan usul pindaan perlembagaan berhubung pemilihan parti diadakan selepas PRU berlangsung.

Pembentangan usul itu difahamkan akan diadakan di hadapan 2,666 perwakilan pada EGM UMNO Ahad ini.

Tengku Razaleigh (tengah) berkesempatan bergambar bersama wartawan dan kru penerbitan Sinar Harian di pejabatnya baru-baru ini.
Klik di sini untuk terus membaca