SHAH ALAM – Institusi kehakiman negara tidak wajar dikorbankan di atas pentas politik kerana persepsi ahli politik kebal daripada tindakan undang-undang. Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, jika ikut... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Institusi kehakiman negara tidak wajar dikorbankan di atas pentas politik kerana persepsi ahli politik kebal daripada tindakan undang-undang.

Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, jika ikut undang-undang seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Menurutnya, janganlah kerana politik kita buat pengecualian kerana perkara itu bahaya jika ia (pengecualian) dilakukan dalam bidang politik sahaja.

"Bagaimana dalam bidang pekerjaan, jika kamu bekerja dan hadapi kes mahkamah adakah kamu harus diberhentikan?

"Jika jawapan kita tidak, jadi jawapan di politik juga harus sama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Edisi ke 345 yang bertajuk EGM: Risiko Untuk UMNO? Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Sabtu.

Turut menjadi panelis, penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Jahaberdeen berkata, orang awam yang tidak faham tentang sistem kehakiman mereka merasakan seolah-olah sistem itu berpihak kepada orang politik.

"Sebenarnya tidak, kita perlu wujudkan nilai bermaruah di dalam sistem politik negara ini sebab itu warisan yang sangat penting, bila kita bermaruah institusi yang lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara semua ini tidak akan dikorbankan di atas pentas politik.

"Ahli politik atau pemimpin terpalit dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, budaya kita kalau masih belum didapati bersalah masih boleh terus memimpin, tapi pemimpin di negara lain bila dicalit dengan tuduhan, dia akan bersara sebab dia tahu politiknya adalah persepsi pandangan orang, jadi kalau orang dah tahu aku bersara sahajalah," katanya.

Beliau berkata, jika setiap pemimpin politik di negara ini mempunyai nilai tanggungjawab pastinya sistem kehakiman tidak dijadikan mangsa.

Klik di sini untuk terus membaca