SHAH ALAM - Ahli ekonomi mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengatasi kadar inflasi di negara daripada terus tinggi. Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Jamal Othman... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli ekonomi mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengatasi kadar inflasi di negara daripada terus tinggi.

Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Jamal Othman berkata, kadar inflasi mungkin akan meningkat berbanding sebelum iaitu 3.2 peratus, tetapi tidak lah sehingga mencapai tahap hiperinflasi ataupun inflasi di luar kawalan.

"Mungkin meningkat sekitar tiga paratus sahaja untuk tahun ini dan jumlah tersebut agak munasabah,” katanya pada program Wacana Sinar Edisi ke-346 bertajuk ‘Mampukah Malaysia Atasi Inflasi?’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Program yang dimoderatorkan Ismail Adnan itu turut menampilkan Profesor Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Noor Azman Ali sebagai panel jemputan.

Mengulas lanjut, Dr Jamal berkata, kenaikan kadar inflasi di negara juga berpunca daripada faktor luar, antaranya isu kenaikan harga minyak, peperangan Ukraine dan Rusia yang mengundang kepada kesan sampingan sehingga beberapa negara luar turut mengambil langkah berhati-hati.

(dari kiri) Ismail, Dr Noor Azman dan Dr Jamal ketika program Wacana Sinar Edisi ke-346 bertajuk ‘Mampukah Malaysia Atasi Inflasi?’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa. FOTO - SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.

"Kemudian isu bagaimana harga minyak sawit naik secara mendadak beberapa bulan ini. Banyak disebabkan langkah-langkah Indonesia mengurangkan eksport minyak mereka, malah mengekang kenaikan harga tempatan.

"Jadi saya rasa suasana pergolakan dan faktor-faktor inilah yang memberi kesan kepada kadar inflasi di negara kita, termasuk kenaikan harga barangan.

"Pada masa sama, United State, China dan Jepun pun saya lihat sangat berhati-hati. Mereka mungkin mengambil lebih banyak pendekatan supaya ekonomi mereka tidak terdedah kepada kesan peperangan Ukraine-Rusia ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyifatkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan percukaian paling pintar, khususnya dalam memastikan penjanaan pendapatan negara kekal konsisten dan berdaya tahan.

"Dari segi kadar pencukaiannya, kita boleh semak dan wujudkan satu model untuk mencari kadar yang lebih efisyen dan optimum, yang boleh diterima oleh rakyat berbeza pendapatan.

"Paling penting sistem ini kita lestarikan dan ia akan menjamin ketahanan fiskal bagi sebuah kerajaan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca