SHAH ALAM - Pengguna harus menyokong dan membeli barangan tempatan bagi mengelakkan kadar inflasi, kata Profesor Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Noor Azman Ali. Menurut beliau, berjaya atau tidak... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengguna harus menyokong dan membeli barangan tempatan bagi mengelakkan kadar inflasi, kata Profesor Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Noor Azman Ali.

Menurut beliau, berjaya atau tidak ia merupakan satu usaha kebanyakan negara terpaksa lakukan bagi mengelak inflasi.

"Inflasi berpunca daripada kebergantungan kepada import. Kalau kita import, apa juga keadaan yang berlaku kepada negara pengimport, masalahnya kita akan bawa masuk ke dalam negara.

"Misalnya harga minyak naik di negara Eropah dan negara lain, mahu atau tidak kesan berlaku di negara lain bila kita import barang makanan masuk ke dalam negara, ia secara langsung melibatkan inflasi barang itu dalam negara,” katanya ketika menjadi panelis dalam Wacana Edisi ke-346 ‘Mampukah Malaysia atasi Inflasi’ yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Selasa.

Wacana itu turut menampilkan panelis Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Jamal Othman dan Ismail Adnan selaku moderator.

Kata Noor Azman, kempen menggunakan barangan tempatan perlu dilakukan namun isunya sama ada ia berjaya atau sebaliknya.

Dari kiri Ismail Adnan selaku MModerator, para panelis Prof Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM, Prof Dr Noor Azman Ali (tengah) dan Prof Ekonomi UKM, Prof Dr Jamal Othman dalam Wacana Edisi ke-346 ‘Mampukah Malaysia atasi Inflasi’ yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.

"Pra syarat untuk guna barangan tempatan adalah barangan tempatan itu mencukupi di pasaran, jika barangan tempatan masih tak mampu memenuhi kehendak pasaran bermakna ia gagal.

"Contohnya beras, adakah beras tempatan dapat memenuhi permintaan? Jawapannya tidak, jadi kerajaan kena berbuat sesuatu untuk mengatasinya,” katanya.

Jelasnya, kerajaan bukan sahaja perlu mengalakkan orang ramai membeli barang tempatan tetapi perlu memastikan pengeluaran barang tempatan boleh memenuhi permintaan.

"Inflasi menjejaskan masyarakat, imej kerajaan dan jejaskan pemain ekonomi dan peniaga,” katanya

Mengulas lanjut mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR), beliau berkata, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan perbelanjaan pengguna tetapi melalui perbankan.

"OPR beri pulangan, wang simpanan meningkat, pengguna ada dua pilihan belanja atau simpan. Secara umumunya kewangan individu terbahagi kepada tiga, belanja , simpanan atau pelaburan

"Kalau OPR dianggap sebagai pelaburan, kalau kadar OPR naik mereka akan lebihkan kepada pelaburan dan kurangkan kepada penggunaan," jelasnya.

Berhubung langkah kerajaan mencetak duit untuk rakyat dapat berbelanja, katanya, kerajaan berwibawa tentang pengurusan ekonomi tidak akan melakukan cetakan wang secara tidak terkawal.

"Sekiranya inflasi tidak dikawal berapa banyak wang perlu dicetak untuk rakyat mempunyai kuasa untuk berbelanja. Tapi untuk jangka masa pendek boleh cetak wang untuk kurangkan kadar inflasi.

"Insentif tunai atau bantuan tunai diberikan kerajaan juga harus bersasar. Mereka yang benar-benar memerlukan sahaja diberikan bantuan, bukan semua orang akan dapat," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca