AWANG dengar macam-macam komen tentang pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Khas minggu lepas. Bukan orang ramai sahaja yang bercakap, tetapi pemimpin UMNO sendiri. Pindaan itu diluluskan sebulat suara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Bagus sangatlah semangat setia padu UMNO dalam soal ini. Tapi bagi pemerhati politik, banyak yang bertanya apakah keperluan pindaan itu pada masa ini.
Umum tahu bahawa pemilihan pucuk pimpinan UMNO sudah lama tertangguh. Nampaknya dengan pindaan ini, terus kekallah pimpinan sedia ada sampai enam bulan selepas pilihan raya umum.
Apa yang lebih menariknya adalah usul itu dicadangkan oleh Tuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Tuk Seri Ismail Sabri. Kedua-duanya Naib Presiden UMNO. Yang jadi perbualan ramai adalah implikasi pindaan itu pada UMNO dan pemimpinnya masa ini dan masa depan.
Awang percaya UMNO semakin kuat dan oleh sebab itu, parti itu semakin yakin. Presiden UMNO pun nampaknya semakin tegap kedudukannya. Walaupun beliau berdepan dengan puluhan kes mahkamah, tapi taringnya masih berbisa dalam parti.
Presiden UMNO akan jadi lebih kuat semasa pilihan raya umum dan pilihan raya negeri. Dialah yang jadi penentu siapa dapat watikah, siapa yang tidak untuk bertanding. Tentulah dengan nasihat orang-orang di sekelilingnya termasuk ahli Majlis Tertinggi (MT).
Dalam hal ini tiada siapa yang dapat nafikan bahawa Presiden UMNO lebih ‘berkuasa’ daripada PM sendiri.
Klik di sini untuk terus membaca