KUALA LUMPUR - Kehadiran Pegawai Perhubungan Se- kolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di 10,218 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan untuk mencegah kes jenayah... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Kehadiran Pegawai Perhubungan Se- kolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di 10,218 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan untuk mencegah kes jenayah termasuk buli yang melibatkan pelajar.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian buli di sekolah sering berlaku dan masih menjadi keutamaan pihaknya untuk melakukan usaha pencegahan.

Menurutnya, kejadian buli mewujudkan gejala samseng atau gengsterisme lebih-lebih lagi terdapat laporan polis dan bukti mangsa yang mengalami kecederaan.

"Berdasarkan rekod pada tahun 2021, sebanyak 10,218 buah sekolah di bawah KPM terdiri daripada 7,779 buah sekolah rendah dan 2,439 buah sekolah menengah ditempatkan PPS yang dilantik daripada kalangan pegawai dan anggota di daerah sekolah tersebut.

"Ada PPS yang menjaga lebih daripada satu sekolah.

"Kehadiran PPS memang untuk mencegah bukan sahaja kes buli tetapi kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar dengan kerjasama pihak sekolah dan KPM,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, inisiatif PPS ialah kolaboratif PDRM dan KPM dengan usaha-usaha memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah melalui pelbagai pendekatan seperti aktiviti ceramah, kempen serta pameran pencegahan jenayah bagi menyemai perasaan benci kepada perlakuan yang melanggar undang-undang.

Ujarnya, ia juga bertujuan supaya ahli masyarakat terlibat dalam menjaga keselamatan dan harta benda selain mencegah penglibatan murid sekolah dalam kegiatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Tambah Aidi, dalam konteks pencegahan kes buli di sekolah, peranan ibu bapa difikirkan perlu diberi perhatian serius.

"Ibu bapa juga perlu memantau pergerakan dan pergaulan anak mereka sewaktu berada di rumah,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca