SHAH ALAM - Sebanyak 74 kawasan dikenal pasti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai tempat berisiko untuk berlakunya bencana kepala air di negara ini.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, ia melibatkan 11 negeri iaitu Kedah sebanyak 20 kawasan, Selangor (17), Terengganu (sembilan) Perak dan Johor (enam).
Selain itu, Kelantan (lima), Pahang (empat), Sarawak (tiga), Sabah (dua) manakala Negeri Sembilan dan Perlis (satu).
"Pada kebiasaannya bencana kepala air sering terjadi di kawasan hulu sungai.
"Selain itu, kebanyakan kes berlaku sebelum ini dalam kalangan pengunjung pusat riadah kerana mereka mandi di jeram.
"Jadi, orang ramai perlu ada pengetahuan asas berhubung dengan kepala air sebelum mereka terus mandi,” katanya kepada Sinar Harian.
Nor Hisham berkata, kejadian kepala air amat berisiko dan boleh menyebabkan mangsa mati kerana sukar untuk melepasi bencana tersebut.
"Untuk keluar dari kepala air sangat susah. Ia bergantung kepada besarnya magnitud kepala air. Ini kerana, apabila terjadinya bencana itu, air datang dengan kayu dan membawa segala bendasing yang dihanyutkan. Jadi kesukaran untuk kita berenang itu bukan pada air, tetapi pada halangan,” ujarnya.
Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai dapat melakukan langkah awal dengan menyemak ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum pergi ke sesuatu kawasan berisiko.
"Kena tahu kawasan yang kita mahu pergi itu sama ada sedang hujan atau tidak. Kalau kita pergi dan berlaku hujan, elakkan untuk mendaki menggunakan laluan air.
"Yang penting, jangan mandi di jeram. Ada yang ingat apabila hujan sikit, maksudnya boleh mandi. Kalau hujan, kita keluar dari badan air,” jelasnya.
Tambahnya, sekiranya orang ramai masih mandi dalam keadaan hujan, mereka perlu mengetahui tanda awal kepala air sedang berlaku.
"Pertama, kepala air ini datang dalam deruan yang kuat bunyi atau tiba-tiba nampak sampah dan daun-daun turun dengan banyak. Jadi kalau dengar, maksudnya perlu keluar dari badan air dan jarakkan diri dari sungai,” katanya.
Sekiranya terperangkap dengan bencana kepala air, Nor Hisham berkata, jangan melakukan tindakan tergesa-gesa dengan merentasi sungai tersebut kerana kesan yang lebih teruk bakal berlaku.
"Kepala air ini datang bukan dalam tempoh lama. Jadi jangan lari. Tunggu sahaja sampai surut baru ambil tindakan lain. Jangan sesekali cuba untuk merentas. Ia boleh mengancam nyawa anda.
"Selain itu, boleh membuat panggilan kecemasan kepada bomba dan kita akan beritahu apa yang perlu dilakukan,” ujarnya.
INFO
SENARAI 74 lokasi berbahaya
SELANGOR
1. Air Terjun Sungai Chilling
2. Air Terjun Sungai Pertak
3. Air Terjun Sungai Sendat
4. Air Terjun Sungai Tua, Ulu Yam
5. Hutan Lipur Sungai Kanching, Selayang
6. Air Terjun Komanwel, Selayang
7. Air Terjun Perdik, Hulu Langat
8. Air Terjun Sungai Tekala, Hulu Langat
9. Air Terjun Sungai Congkak, Hulu Langat
10. Air Terjun Kubang Gajah, Kemensah, Hulu Klang
11. Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat
12. Air Terjun Serendah, Rawang
13. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak
14. Air Terjun Lata Makau, Kuala Kubu Bharu
15. Sungai Kedondong, Batang Kali
16. Air Terjun Semangkuk
17. Air Terjun Lepoh, Hulu Langat
KEDAH
1. Air Terjun Bukit Wang,Jitra
2. Hutan Lipur Puncak Janing Kampung Baru, K.Nerang
3. Air Terjun Candi, Merbok
4. Pusat Rekreasi Tupah, Merbok Sungai Petani
5. Air Terjun Titi Hayun,Yan
6. Air Terjun Perigi,Yan
7. Air Terjun Kg Batu Hampar, Yan, Kedah
8. Air Terjun Taman Rimba, Gunung Jerai
9. Air Terjun Sungai Kunyit, Guar Chempedak
10. Air Terjun Telaga Tok Sheikh
11. Air Terjun Lata Mengkuang, Sik
12. Perangin Sik
13. Air Terjun Junjung Kulim
14. Air Terjun Ulu Paip, Kulim
15. Air Terjun Bukit Hijau, Baling
16. Air Terjun Lata Bayu, Baling
17. Lata Celak Iboi, Baling
18. Air Terjun Temurun, Jalan Datai, Langkawi
19. Hutan Lipur, Lubuk Semilang, Langkawi
20. Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi
PERAK
1. Gunung Suku, Simpang Pulai
2. Lata Kulim, Kg. Keneyat, Gerik
3. Lata Kekabu, Lenggong
4. Air Terjun Batu Hampar, Padang Rengas, K. Kangsar
5. Air Terjun Batu Berangkai, Kampar
6. Air Hitam, Batu Kurau
SABAH
1. Pusat Pelancongan Air Terjun Kionsom
2. Air Terjun Madai Kunak
TERENGGANU
1. Lubuk Kain, Dungun
2. Jeram Tanduk Air Puteh
3. Air Terjun Chemerong
4. Air Terjun Belukar Bukit
5. Air Terjun Sekayu
6. Lata Payung, Setiu
7. Lata Tembakah
8. Lipur Betong K Berang
9. Lata Kolam Besut
JOHOR
1. Air Terjun Kota Tinggi
2. Air Terjun Gunung Pulai
3. Air Terjun Berlumut, Kluang
4. Sungai Bekok
5. Air Terjun Sungai Bantang, Bekok, Labis
6. Air Terjun Takah Melor, Labis
KELANTAN
1. Air Terjun Jeram Besu, Pasir Puteh
2. Sungai Balah, Kuala Balah Jeli
3. Jeram Linang, Pasir Puteh
4. RPT Kampung Sungai Pas, Kuala Krai
5. Air Terjun Jelawang, Dabong
SARAWAK
1. Mulu National Park Park, Mulu
2. Giam Waterfall, Jalan Pucak Borneo
3. Kerangan Ara Baleh Kapit
NEGERI SEMBILAN
1. Air Terjun Kampung Orang Asli
PERLIS
1. Gua Kelam, Kaki Bukit
PAHANG
1. Air Terjun Chamang, Bentong
2. Air Terjun Panching, Kuantan
3. Sungai Kuala Tahan, Jerantut
4. Air Terjun Teladas, Maran
Klik di sini untuk terus membaca