SHAH ALAM - "Jika gambar itu betul dan ia betul yang Bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah berkahwin lain dan dia bahagia, saya pun tumpang gembira untuknya."Demikian penjelasan bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil berhubung penularan... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - "Jika gambar itu betul dan ia betul yang Bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah berkahwin lain dan dia bahagia, saya pun tumpang gembira untuknya."

Demikian penjelasan bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil berhubung penularan gambar bekas Perdana Menteri itu di media sosial dengan seorang wanita yang kemudian didakwa pelbagai sebagai isteri Najib.

Jelas Isham, dalam beberapa tahun kebelakangan ini Najib telah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran maka Ahli Parlimen Pekan itu berhak untuk memilih kebahagian untuk dirinya sendiri.

Mengulas lanjut, bagaimanapun Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor itu menegaskan, sekiranya perkara itu tidak benar, beliau meminta supaya penyebar kepada gambar berkenaan segera memohon maaf.

"Jika ia tidak betul, saya harap orang yang buat fitnah itu agar cepat-cepat minta maaf kepada Najib dan keluarganya.

Sekeping foto yang menjadi tular sejak Rabu dan dikaitkan dengan Najib.


Tambahnya lagi, "Saya galakkan suami isteri supaya setia kepada pasangan. Saya sendiri setia kepada pasangan saya. Tahun ini saya sudah 20 tahun berkahwin. Tetapi setiap perjalanan hidup untuk setiap orang itu berlainan. Dan undang-undang tidak menghalang orang untuk berkahwin lebih dari satu."

"Apa-apa pun, setakat ini sahaja yang saya akan komen berkenaan hal peribadi dan rumah tangga orang lain dalam isu ini," jelasnya.

Sejak Rabu, riuh di laman media sosial sekeping foto Najib bersama dengan seorang wanita dan beberapa individu yang turut mengenakan rona pakaian sedondon berwarna hijau.

Perkhabaran itu mula tersebar di sosial media apabila tular gambar milik seorang wanita yang didakwa bekas pramugari bergambar berpegangan tangan dengan Najib dalam satu majlis sambutan hari lahir.

Selain mendapatkan komen individu terdekat dengan beliau, Sinar Premium juga sedang berusaha mendapat kenyataan daripada Najib sendiri berhubung dakwaan itu. Klik di sini untuk terus membaca