SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menggesa semua pihak tidak bersikap 'memandai-mandai' dalam mentafsirkan status terkini hubungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menggesa semua pihak tidak bersikap 'memandai-mandai' dalam mentafsirkan status terkini hubungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang wanita sebagaimana ditularkan melalui media sosial.

Sebaliknya, beliau menegaskan perkara itu perlu mendapat pengesahan Najib sebagai 'tuan punya badan' terlebih dahulu.

Jelasnya, hal ini susulan penularan gambar Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu di media sosial dengan seorang wanita yang didakwa sebagai isterinya, dianggap satu perkara 'mengejutkan'.

Secara peribadi, beliau langsung tidak tahu-menahu mengenainya memandangkan perkara itu lebih bersifat hal peribadi dan bukan membabitkan agenda perjuangan politik parti.

"Sebelum kita hendak tular mengenainya, kita kena tahu yang mana halal dan yang mana haram terlebih dahulu.

"Kalau perkara itu halal, mengapa kita hendak persoal atau jadikan isu? Cuma saya berpendapat lebih baik media dapatkan pengesahan daripada tuan punya badan sendiri. Ini kerana kita tidak boleh memandai-mandai," katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Khamis.

Gambar kontroversi Najib bersama seorang wanita yang didakwa sebagai isteri baharunya, kini tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Sejak beberapa hari lalu, riuh di laman media sosial dengan perkhabaran Najib didakwa bergambar dengan isteri baharunya.

Perkhabaran itu mula tersebar di sosial media apabila tular gambar milik seorang wanita yang didakwa bekas pramugari bergambar berpegang tangan dengan Najib dalam satu majlis sambutan hari lahir.

Terdapat sumber mendakwa wanita berkenaan merupakan bekas isteri seorang komposer muzik terkenal tanah air, bagaimanapun sehingga kini kesahihan mengenainya belum diperoleh.

Berikutan penularan gambar berkenaan, ramai pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal memberikan ucapan 'tahniah' dan 'selamat pengantin baharu', seolah-olah cuba menyindir Najib.

Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Najib sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, Akhmar Hisham Mokhles dalam satu hantaran Facebook mendakwa gambar wanita berbaju hijau berkenaan sedang memaut lengan Najib adalah gambar yang telah disunting dan bukan gambar sebenar. Klik di sini untuk terus membaca