SHAH ALAM - Penyakit cacar monyet atau monkeypox boleh membawa kepada kadar kematian sehingga enam peratus dalam kalangan kanak-kanak, berbanding dewasa berikutan pelbagai komplikasi akibat jangkitan tersebut. Pakar Virologi Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penyakit cacar monyet atau monkeypox boleh membawa kepada kadar kematian sehingga enam peratus dalam kalangan kanak-kanak, berbanding dewasa berikutan pelbagai komplikasi akibat jangkitan tersebut.

Pakar Virologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Zamberi Sekawi berkata, antara komplikasi yang boleh terjadi antaranya jangkitan sekunder, bronkopneumonia, sepsis, jangkitan otak dan jangkitan kornea yang akhirnya membawa kepada kehilangan penglihatan.

"Walaupun ia boleh sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua hingga empat minggu, tetapi kes yang lebih serius dan berlarutan boleh terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

"Ini termasuklah kes kematian lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak, berbanding golongan dewasa. Sekitar antara tiga peratus hingga enam peratus,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kes virus itu pada seorang lelaki yang baru pulang mengunjungi Kanada, selepas pegawai kesihatan Eropah mengesahkan puluhan kes sama awal minggu ini.

Sebelum ini, beberapa kes cacar monyet turut dilaporkan di beberapa negara lain, antaranya Australia, Kanada, United Kingdom (UK), Portugal, Britain dan Sepanyol.

Mengulas lanjut beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi kes melibatkan penyakit cacar monyet dilaporkan di Malaysia dan hanya berlaku di Afrika Tengah dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika.

"Walaupun kita tiada lagi kes cacar monyet ini, tetapi risiko tetap ada. Justeru, pemantauan simptom mungkin perlu, tetapi tidak seaktif Covid-19,” ujarnya.

Ditanya mengenai tanda-tanda seseorang itu dijangkiti cacar monyet, Dr Zamberi berkata, antaranya demam, sakit kepala, sakit otot, kelenjar bengkak dan ruam di seluruh badan.

"Kita tidak ada rawatan spesifik. Selalunya rawatan simptomatik sahaja, di mana seseorang itu hanya perlu berehat, lebih banyak minum air dan dapatkan ubat antipiretik seperti paracetamol untuk meredakan demam dan sakit badan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca