MATA wang Rusia iaitu ruble mencapai paras tertinggi dalam tempoh empat tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu selepas ia mengalami kemerosotan nilai selepas Moscow bertindak menyerang Ukraine pada Februari lalu. Ia... Klik di sini untuk terus membaca

MATA wang Rusia iaitu ruble mencapai paras tertinggi dalam tempoh empat tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu selepas ia mengalami kemerosotan nilai selepas Moscow bertindak menyerang Ukraine pada Februari lalu.

Ia juga mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun berbanding mata wang Euro pada hari yang sama.

Kenaikan itu adalah didorong oleh kawalan modal, skim pembayaran gas berasaskan ruble baharu dan cukai korporat yang semakin meningkat yang mendorong permintaan domestik untuk mata wang tersebut.

Pada Jumaat lalu, bagi setiap satu dolar AS (RM4.39), ia adalah bersamaan dengan 57.67 ruble (RM4.27) pada dagangan waktu pagi sekali gus mewakili kedudukan terkuat mata wang tersebut sejak Mac 2018, menurut data daripada Bursa Moscow.

Mata wang Rusia itu juga menunjukkan prestasi yang terbaik apabila kadar pertukarannya mencapai di bawah 60 ruble (RM4.45) bagi setiap satu euro (RM4.65).

Menurut Bloomberg, mata wang Rusia telah menjadi mata wang berprestasi terbaik dunia pada tahun ini walaupun kejatuhan mendadak pada April lalu dicetuskan oleh sekatan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Rusia.

Nilai mata wang Rusia pernah merosot kerana Moscow bertindak menyerang Ukraine. - Foto TASS

Sebelum ini, ruble pernah turun sebanyak 40 peratus dengan nilainya ialah 139 (RM10.27) berbanding satu dolar, susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine namun ia telah bertambah kukuh berikutan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh bank pusat dan kerajaan Rusia.

Sejak ia mencacatkan nilai terendah berbanding dolar AS pada awal Mac lalu, ruble telah mengalami pemulihan yang agak dramatik sehingga ia naik semula dan didagangkan pada 84 ruble (RM6.20) untuk satu dolar.

Namun, semua sekatan yang dikenakan oleh AS dan Barat ketika perang masih berlaku, ruble kelihatan lebih teguh.

Justeru, bagaimana Rusia berjaya memulihkan mata wangnya? Apabila nilai ruble merosot, Rusia mengambil langkah-langkah bagi memperkukuhkannya semula.

Sebagai sebahagian daripada kawalan modal, warganegara dan pemastautin Rusia dibenarkan membeli euro, dolar AS atau mata wang Eropah lain pada kadar pertukaran rasmi tetapi tidak boleh mengeluarkan dana asing sehingga 9 September depan.

Sesiapa sahaja yang memegang akaun dolar AS dan euro di bank-bank Rusia sebelum 9 Mac dibenarkan hanya mengeluarkan AS$10,000 (RM43,890) atau yang setara dengannya untuk tempoh sehingga 9 September 2022.

Bagaimanapun, warganegara Rusia boleh membeli mana-mana mata wang asing lain dan pengeluaran ruble pula adalah tidak terhad.

Pembayaran cukai yang akan datang juga mendorong nilai ruble menjadi lebih tinggi kerana ia secara tradisinya memerlukan penukaran tambahan mata wang asing kepada mata wang tersebut.

Kerajaan Rusia juga menetapkan ke atas perniagaan negara itu bahawa 80 peratus daripada wang yang diperoleh di luar negara perlu ditukar kepada rubel.

Menurut portal berita NPR, ia bermakna pembuat keluli Rusia yang memperoleh 100 juta euro (RM464.42 juta) kerana menjual keluli kepada sebuah syarikat di Perancis perlu menukar 80 juta euro (RM371.53 juta) daripada 100 juta euro tersebut kepada ruble.

Ia sekali gus membantu untuk memperkukuhkan mata wang Rusia melalui cara tersebut.

Salah satu faktor lain ialah tindakan Presiden Rusia, Vladmir Putin meminta negara-negara luar menggunakan ruble jika mahu membeli gas aslinya.

Negara-negara seperti AS, anggota-anggota Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan diminta menggunakan ruble ketika membuat pembelian tersebut.

Negara-negara tersebut tidak mempunyai rizab ruble yang besar menyebabkan permintaan untuk mata wang Rusia akan melonjak kerana melalui tindakan tersebut ia alan meningkat secara semula jadi.

Itulah ramuan yang digunakan oleh Rusia bagi memperkukuhkan mata wangnya daripada menjunam disebabkan oleh sekatan ekonomi oleh AS dan Barat kerana Moscow menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca