SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya memanggil satu mesyuarat khas dalam kalangan parti politik bagi membincangkan mengenai Pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik. Timbalan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya memanggil satu mesyuarat khas dalam kalangan parti politik bagi membincangkan mengenai Pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat khas itu bagi membolehkan perbincangan tentang butiran perkara-perkara yang perlu diletakkan dalam RUU Sumbangan Politik berkenaan.

"Harus ada satu sesi libat urus untuk semua pihak memberi pandangan termasuk badan bukan kerajaan, individu dan tokoh yang boleh memberikan pandangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) pada Khamis yang dilaporkan bersetuju secara dasar dengan cadangan Pelaksanaan Dasar Penggubalan RUU Sumbangan Politik.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pulai itu menambah, Pakatan Harapan (PH) juga telah membuat persediaan berhubung RUU Sumbangan Politik terbabit.

"Sebenarnya PH juga ada membuat persediaan tentang perkara ini. Kita mempunyai ramai pakar yang boleh berikan pandangan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai kesan pelaksanaan RUU Sumbangan Politik ini, Salahuddin yang juga Naib Presiden PH berkata, ia membolehkan parti-parti politik bersikap telus dalam penerimaan dana dan boleh dipertanggungjawabkan tentang perkara itu.

Selain itu katanya, kesan yang lain adalah parti-parti politik tidak perlu menerima sumbangan dana seperti melibatkan taikun atau tokoh perniagaan.

"(Bimbang) nanti ada berlakunya kepentingan setelah parti yang mereka sumbangkan (dana) itu mengambil alih tampuk kuasa.

"Jadi, RUU Sumbangan Politik ini kita boleh perincikan,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca