DARI dulu lagi banyak pakar ekonomi dah nasihatkan, jaga sektor pertanian yang babitkan tanaman bahan makanan dengan baik. Buat dasar yang jelas. Galakkan tanaman untuk makanan dan rancakkan ternakan moden.
Hari ini kita tahu harga barang makanan sudah melonjak. Banyak faktor sebabkan hal ini. Salah satunya perang di Ukraine. Banyak negara yang tanam padi dan gandum mula hentikan eksport. Mereka utamakan kepentingan rakyat mereka sendiri. Bahan makanan untuk ternakan melambung tinggi. Harga ayam dan daging pasti akan naik juga.
Selama ini kita tumpukan pada perindustrian dan teknologi tinggi. Kononnya kita nak jadi negara maju. Tapi kita lupa aspek makanan. Rakyat tak boleh hidup dengan projek mega, bangunan tinggi.
Banyak negara jadi maju dan hebat. Tapi tak pernah lupa sektor pertanian makanan. Kita ada estet berjuta ekar untuk tanam sawit dan getah. Tapi kita musnahkan sawah padi kita. Kita tak tanam bahan makanan secukupnya. Berbilion ringgit makanan kita import setiap tahun.
Awang harap kerajaan Tuk Seri Ismail ubah cara. Industri makanan sangat penting untuk masa depan. Kita tak tahu pandemik apa akan ancam kita pada masa depan. Kita tak tahu perang akan berlaku di mana. Oleh sebab itu, soal keselamatan makanan atau food security mesti dipandang serius.
Klik di sini untuk terus membaca