AWANG sokong sangat cadangan nak bentang Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan atau Sumbangan Politik.Awang berpendapat ini cara terbaik nak elak salah guna kuasa, rasuah dan politik wang. Awang gembira baca berita Jawatankuasa Khas Kabinet... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sokong sangat cadangan nak bentang Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan atau Sumbangan Politik.

Awang berpendapat ini cara terbaik nak elak salah guna kuasa, rasuah dan politik wang. Awang gembira baca berita Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) setuju nak laksana kawalan sumbangan politik.

Kalau Awang tak silap pada zaman Tuk Seri Bossku Najib, Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Politik telah diwujudkan. Rasanya pada tahun 2015. Mereka dikehendaki menyiapkan laporan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2016.

Setahu Awang, Pengerusi Jawatankuasa itu adalah Datuk Paul Low yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri masa itu.

Awang harap cadangan Jawatankuasa itu disemak semula. Tak payahlah nak tubuh jawatankuasa lain. Rasanya banyak cadangan baik yang telah dikemukakan.

Sayang sekali kerajaan Barisan Nasional (BN) masa itu tak laksanakan cadangan tersebut. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berapi-api nak buat reformasi pun tak laksanakan semasa 22 bulan memerintah.

Awang tak harap Tan Sri Mantan PM Muhyiddin akan laksanakan. Kedudukannya pun macam telur di hujung tanduk.

Sama-samalah kita lihat apakah Tuk Seri Ismail Sabri betul-betul bawa RUU itu ke Parlimen. Tabik spring Awang pada beliau kalau itu berlaku. Itu tandanya beliau serius dalam soal ini.

Jikalau ada kawalan ke atas sumbangan politik, sebahagian besar masalah rasuah di negara ini akan selesai.

Klik di sini untuk terus membaca