DUNIA kini sedang dikejutkan dengan pelbagai dugaan dan cabaran khususnya yang melibatkan bekalan makanan dan ancaman penyakit berjangkit.
Ini belum diambil kira krisis inflasi yang turut melanda seluruh dunia akibat perang di benua Eropah yang menjejaskan bekalan makanan, bahan bakar, peralatan automasi dan banyak lagi.
Belalang menerima ini semua sebagai satu cabaran hidup. Suka atau tidak, kita kena menghadapinya.
Dan bercakap soal pandemik dan ancaman penyakit berjangkit ini, belum reda soal Covid-19 dan sakit mulut dan tangan, dunia kini terpaksa berdepan dengan satu lagi ancaman penyakit iaitu cacar monyet.
Laporan terbaru yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu, 21 Mei, sudah 11 buah negara disahkan diancam penyakit ini.
Tidak sepertimana penyakit SARS-CoV-2, yang merebak melalui titisan dari udara cacar monyet merebak melalui hubungan rapat mangsa dengan pembawa virus sama ada melalui cecair atau batuk.
Setakat ini belum ada kes berat seperti kematian yang dibawa oleh virus ini tetapi kita mendoakan agar dihindari daripada ancaman ini dan sempadan negara tidak ditutup sepertimana era Covid dahulu.
Bukan apa, kita dah penat untuk mengulangi episod tutup sempadan selama dua tahun.
Belalang juga khuatir akan krisis makanan yang sedang kita dan juga seluruh dunia sedang hadapi masa ini.
Lebih-lebih lagi negara kita terlalu bergantung harap kepada barang import.
Akhbar Belalang melaporkan semalam, lebih 100,000 hektar tanah terbiar berselerak di seluruh negara tanpa diusahakan.
Angka ini amat membimbangkan mengambil kira kita sendiri tidak memanfaatkan kelebihan yang kita ada untuk tidak bergantung harap kepada bahan mentah import untuk kelangsungan hidup.
Bayangkan ini sudahlah....kita dikenali sebagai negara jelapang padi tetapi sebahagian besar beras kita diimport.
Hari ini kita dengar pula bekalan ayam tiba-tiba tidak ada di pasaran. Kita tak tahu ini angkara siapa tetapi itulah hakikatnya.
Satu Malaysia tak ada ayam...alahai apa nak jadi Malaysia ni.
Belalang- Tidak mahu bergantung harap pada sesiapa untuk hidup.
Klik di sini untuk terus membaca