SHAH ALAM - Calon bagi Ketua Cabang PKR Ampang, Datuk Hans Isaac menjangkakan rakan artisnya, Altimet akan memenangi jawatan itu bagi Pemilihan PKR 2022. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berkata, keyakinan itu berdasarkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Calon bagi Ketua Cabang PKR Ampang, Datuk Hans Isaac menjangkakan rakan artisnya, Altimet akan memenangi jawatan itu bagi Pemilihan PKR 2022.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berkata, keyakinan itu berdasarkan maklumat awal yang diperolehnya.

"Jika dia (Altimet) menang kita akan beri sokongan. Semalam (Sabtu) saya sudah ucapkan tahniah, beritahu dia Ketua Cabang PKR Ampang yang baharu, kerana saya tahu apa yang berlaku sekeliling, reaksi dia cool sahaja. Tetapi apa pun kita tunggu keputusan rasmi,” katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Selain Hans dan Altimet, calon lain yang turut memberi saingan dalam pertembungan itu ialah Abdullah Md Zain; Sam Hoo Wai; Abdul Halim Mohamed Yusof; Daing Muhammad Reduan Bachok; serta Abdul Latif Shaari.

Hans berkata, keputusan itu sudah boleh dijangka oleh mereka yang bertanding kerana pemilihan itu menggunakan sistem cai.

"Pemilihan parti ini kebanyakannya adalah cai-cai yang akan datang. Maksudnya kita ada sokongan dan tahu datang daripada mana serta tahu numbers (sokongan) kita.

"Saya tahu sokongan undi, berapa ramai yang undi sebab kami yang telefon dan jemput,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu memaklumkan akan tetap meneruskan perjuangannya dalam PKR seperti biasa jika keputusan pemilihan tidak memihak kepada beliau.

"Saya akan teruskan perjuangan dalam PKR dan NGO saya. Niat saya hanya hendak bantu satukan Ampang, ini bukan soal peribadi untuk nak jawatan,” katanya.

Sementara itu, Altimet ketika menjawab telahan itu berkata, buat masa ini dia hanya berserah selepas selesai menunaikan tanggungjawab pada Sabtu.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar, kita tunggu sahaja keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pesaing lain yang bertanding menggunakan pendekatan sihat.

"Mereka jalankan kempen yang bersih dan efisien, saya banyak belajar daripada mereka,” katanya.

Pemilihan PKR 2022 berlangsung sejak 13 Mei lalu dan berakhir semalam melibatkan Perak, Sabah dan Sarawak.

Untuk pemilihan secara dalam talian, ia diadakan pada17 Mei bagi pengundi luar negara dan 18 hingga 20 Mei bagi ahli yang memilih.

Klik di sini untuk terus membaca