TERTARIK sangat Awang apabila membaca komen Tun Abdul Hamid Mohamad tentang pindaan yang diluluskan dalam Persidangan Agung Khas UMNO baru-baru ini.
Pindaan itu membolehkan pemilihan pada peringkat tertinggi dibuat enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU). Dalam kes UMNO hari ini, entah berapa tahun tertangguh pemilihannya.
Tun Hamid lahirkan kebimbangan bahawa ada kemungkinan pemimpin pegang jawatan tiga kali ganda lebih lama daripada tempoh asal yang dibenarkan. Dengan cara itu, akan mengurangkan amalan demokrasi dalam UMNO.
Kata beliau lagi, pindaan yang nampaknya "dikehendaki oleh Presiden UMNO dan pemimpin tertinggi parti” menjadikan perwakilan seolah-olah ‘kambing hitam’ bagi meluluskan pindaan terbabit.
Awang tak beranilah nak komen panjang pandangan Tun Hamid itu. Tapi beliau tentu tak buat komen sekeras itu jikalau beliau tak sayang pada UMNO. Beliau memang lantang jadi juara kepentingan Melayu.
Tun Hamid gesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) minta penjelasan terperinci daripada UMNO tentang hal itu.
RoS perlulah buat semakan semula, sekiranya tidak mematuhi peraturan elok sangatlah diperbetulkan. UMNO bukan parti seorang atau dua pemimpin teratas tetapi parti akar umbi yang sangat demokratik selama ini.
Klik di sini untuk terus membaca