SETIAP hari pengguna telefon pintar dihujani dengan macam-macam panggilan dan mesej dari pelbagai pihak.
Ada yang mungkin scam yang nampaknya berleluasa sekarang, ada pula yang nak menjual produk dan perkhidmatan dan macam-macam lagi.
Macam mana mereka dapat maklumat tentang kita? Siapa yang beri? Siapa yang jual? Apakah ada kaki dalam syarikat telekom yang subahat? Atau memang ada pihak yang jual pukal maklumat kita kepada sesiapa yang sedia membeli?
Maklumat peribadi patutnya jadi rahsia. Tapi dalam dunia Internet hari ini, dah tak ada rahsia lagi. Semuanya terdedah. Maklumat boleh diperoleh dari aplikasi dalam telefon pintar kita. Platform media sosial yang kita gunakan penuh dengan data, baik Facebook, WhatsApp, Instagram atau lain-lain.
Oleh sebab itu, rakyat risau apabila ada ura-ura nak jual MySejahtera. Bayangkan maklumat kita dalam aplikasi itu. Rakyat rela data mereka diakses oleh Kementerian Kesihatan demi keselamatan dan ancaman Covid-19. Oleh sebab itu, dengan rela mereka beri maklumat. Tapi jangan sampai data itu disalahgunakan oleh mereka yang menangguk di air keruh.
Kita ada macam-macam akta untuk lindungi data peribadi, tapi nampaknya tak berkesan.
Oleh sebab itu, maklumat perbankan dan kesihatan boleh dijaja orang. Kita dah ada Jabatan Perlindungan Data Peribadi.
Data kita juga patut dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Tapi kenapa data kita bocor macam air paip?
Klik di sini untuk terus membaca