SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengalu-alukan penyertaan, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin ke dalam parti itu dan bakal mempertimbangkan pemberian jawatan penting kepada beliau. Timbalan Presidennya, Haniza Talha... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengalu-alukan penyertaan, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin ke dalam parti itu dan bakal mempertimbangkan pemberian jawatan penting kepada beliau.

Timbalan Presidennya, Haniza Talha berkata, susulan pendirian terkini Zuraida untuk menyertai PBM dalam masa terdekat, kepimpinan tertinggi parti akan membincangkan status keahlian dan kedudukan beliau dalam mesyuarat biro politik akan datang.

Jelas beliau, status Zuraida sebagai seorang figura politik tempatan yang terkemuka dan dihormati ramai menyebabkan parti berpandangan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu diberikan jawatan sesuai dengan taraf beliau.

"Meskipun saya tidak pernah menjangkakan Zuraida menyertai PBM lebih awal, namun sudah pasti kehadiran beliau memberikan nilai tambah besar kepada parti.

"PBM juga akan mempertimbangkan pemberian jawatan penting dan bersesuaian dengan taraf Zuraida sebagai seorang figura politik tempatan yang berpengaruh.

"Ramai pihak mengetahui Zuraida merupakan seorang ahli politik yang bekerja keras untuk membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kementerian diterajuinya. Sudah pasti kehadiran beliau amat dialu-alukan PBM kerana penyertaan Zuraida menjadikan PBM memiliki tiga ahli Parlimen," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Zuraida yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dan keluar daripada Bersatu selepas mengambil keputusan menyertai PBM.

Bagaimanapun, Zuraida dalam kenyataan menyatakan pendirian untuk kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan menyertai PBM itu dibuat Zuraida selepas beliau mengambil kira pertimbangan mendalam.

ZURAIDA

PBM yang dilancarkan pada 21 Disember 2021 kini diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Presiden parti dan turut mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mengulas lanjut, Haniza menjelaskan keputusan Zuraida itu turut mengejutkannya meskipun bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai hubungan rapat dengan ramai pemimpin PBM selama ini.

Ujarnya, hal ini kerana Zuraida tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai PBM sebelum ini.

"Saya fikir Zuraida tertarik menyertai kami kerana beliau merupakan pemimpin yang sering memperjuangkan usaha memperkasakan peranan wanita dan aspek itu merupakan salah satu daripada enam tonggak utama perjuangan PBM.

"Paling penting, asas perjuangan PBM selaku parti pelbagai kaum mungkin lebih dekat dengan hati beliau dan menyebabkan beliau memilih wadah politik kami bagi mendepani landskap politik masa hadapan.

Klik di sini untuk terus membaca