SELAMA ini wartawan hanya bertugas di belakang tabir untuk membawakan berita dan maklumat pada semua. Banyak juga pihak yang pandang remeh tugas wartawan. Sebagai contoh, sewaktu kemuncak pandemik Covid-19 di negara ini, golongan wartawan... Klik di sini untuk terus membaca

SELAMA ini wartawan hanya bertugas di belakang tabir untuk membawakan berita dan maklumat pada semua.

Banyak juga pihak yang pandang remeh tugas wartawan.

Sebagai contoh, sewaktu kemuncak pandemik Covid-19 di negara ini, golongan wartawan minta mereka diiktiraf sebagai "frontliners”.

Mereka berada di barisan hadapan bersama-sama petugas kesihatan dan keselamatan. Ramai wartawan yang dijangkiti Covid-19 sewaktu menjalankan tugas.

Ada juga yang lupa peranan wartawan untuk menjadi mata dan telinga rakyat. Mereka menjadi suara rakyat yang sebenar.

Ahli politik pun selalu ambil mudah tugas mereka. Ada masanya apabila wartawan melaporkan sesuatu yang negatif, mereka rasa tidak senang.

Dalam kalangan pemimpin politik, ada yang anggap para wartawan ejen propaganda mereka. Mereka mahu surat khabar, radio dan TV jadi buletin suara pemerintah. Ada yang terlupa bahawa untuk pastikan amalan demokrasi yang sihat, media yang bebas sangat diperlukan.

Awang nak ucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional pada semua wartawan. Jalankanlah tugas dengan baik sebagai profesional. Macam kata Tan Sri Johan Jaaffar, Tokoh Wartawan Negara, pemimpin politik datang dan pergi, tapi wartawan kekal menjalankan tugas.

Kata beliau lagi, para wartawan tidak diukur daripada kesetiaan pada pimpinan politik tetapi berdasarkan etika dan profesionalisme mereka.

Klik di sini untuk terus membaca