RALAT Merujuk kepada laporan Sinar Harian yang bertajuk 'Buat duit puluhan ribu ringgit urus jenazah' yang disiarkan di laman Facebook Sinar Harian pada 28 Mei 2022. Gambar yang disertakan bersama laporan itu hanyalah gambar hiasan dan... Klik di sini untuk terus membaca

RALAT

Merujuk kepada laporan Sinar Harian yang bertajuk 'Buat duit puluhan ribu ringgit urus jenazah' yang disiarkan di laman Facebook Sinar Harian pada 28 Mei 2022. Gambar yang disertakan bersama laporan itu hanyalah gambar hiasan dan tiada kaitan dengan Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih. Kami memohon maaf berhubung kekeliruan dan salah faham berikutan penyiaran gambar van jenazah berserta plat kenderaan yang dimiliki Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih. Segala salah faham dan kekeliruan amat dikesali. - SINAR HARIAN


SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ada yang menggelar kumpulan ini sebagai ‘kartel urus jenazah’ malah, ada juga yang memanggil mereka sindiket.

Walau apa pun panggilan mereka, kumpulan pengurusan jenazah ini sanggup mengamalkan rasuah dengan menawarkan sehingga RM300 bagi setiap jenazah kepada petugas di hospital terutamanya hospital kerajaan di seluruh negara.

‘Perebutan’ untuk mendapatkan jenazah sehingga ada yang sanggup memberi rasuah atau duit kopi kepada kakitangan rumah mayat kerana berdasarkan penyiasatan sukarelawan berkaitan pengurusan jenazah.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Sukarelawan VCEE Malaysia, Wan Hilmi Wan Mohd Nor berkata, modus operandi kumpulan berkenaan mudah, petugas di rumah mayat akan menghubungi mereka terlebih dahulu untuk memaklumkan mengenai ada jenazah baharu.

Katanya, selepas itu kumpulan pengurusan jenazah akan meminta maklumat serta nombor telefon keluarga si mati dan membuat waris keliru mengenai caj pengurusan.

Ejen pengurusan jenazah yang mengenakan caj sehingga RM5,000 dianggap terlalu tinggi. - Gambar hiasan

Berdasarkan siasatan pihaknya, sindiket itu wujud di seluruh negara dan memperoleh pulangan puluhan ribu ringgit sehari.

"Sewaktu pandemik dulu banyak mayat, kumpulan sindiket boleh dapat sampai RM20,000 hingga RM30,000 sehari berikutan mereka urus 20 hingga 30 mayat sehari.

"Sekarang mungkin berkurang, tetapi sindiket tetap aktif kerana habuan tinggi,” katanya kepada Rasuah Busters baru-baru ini.

Kata Wan Hilmi, kegiatan mengenakan caj tinggi kepada waris dan merasuah kakitangan hospital terbongkar kerana banyak kali permintaan Sukarelawan VCEE yang memberikan perkhidmatan percuma atau caj minimum ditolak oleh kakitangan hospital.

"Beberapa buah hospital yang kami pergi, VCEE tidak dibenarkan masuk membantu urus jenazah. Alasannya sudah ada ‘yang hendak masuk’ uruskan jenazah,” kata yang mempersoalkan bagaimana sindiket boleh mendapat telefon waris dengan cepat.

Katanya, untuk jenazah Covid-19 sebagai contoh sindiket akan mengenakan caj tayamum sehingga RM750 tetapi tidak pula memaklumkan perkara itu kepada waris pada masa tersebut.

"Sedangkan caj tayamum hanya RM15 dan pegawai yang mengurus mayat Covid-19 sudah dibayar gaji oleh Jabatan Agama Islam.

"Ada sindiket yang caj pengurusan sebanyak RM1,500 sehingga RM1,700,” jelasnya.

Sukarelawan VCEE yang mengecam tindakan rasuah dalam hal pengurusan jenazah.

Katanya, kegiatan sindiket pengurusan jenazah sehingga sanggup memberi rasuah sudah mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat beberapa siri tangkapan termasuk, terbaru pada Khamis.

Pada 7 Oktober 2021, lima kakitangan sebuah hospital direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di hospital itu.

Dilaporkan, kegiatan meminta suapan itu dilakukan sejak Ogos 2019 hingga Ogos 2021 berjumlah lebih RM20,000.

Klik di sini untuk terus membaca