PETALING JAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa memberi bayangan beliau mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi jika gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin menyatakan hasratnya secara tersirat ketika mereka mengadakan pertemuan secara tidak formal baru-baru ini bagi membincangkan kemungkinan PH dan PN menjalinkan kerjasama bagi menghadapi cabaran Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
Namun, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau menegaskan kepada Muhyiddin bahawa dirinya tidak bersetuju sama sekali dengan idea berkenaan.
"Sesiapa pun boleh mencadangkan dirinya menjadi Perdana Menteri ke-10 tetapi saya tidak melayan permintaan Muhyiddin dalam perbincangan tersebut.
"Ini kerana kepimpinan PH sudah membuat ketetapan bahawa kita menolak sebarang kerjasama dengan PN buat masa ini,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca