SHAH ALAM - Kerajaan diminta melaksanakan perancangan yang lebih teliti dalam isu pemberian permit import (AP) bagi memastikan pengguna tidak lagi terus menjadi mangsa pihak tertentu. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan diminta melaksanakan perancangan yang lebih teliti dalam isu pemberian permit import (AP) bagi memastikan pengguna tidak lagi terus menjadi mangsa pihak tertentu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perancangan teliti dan lebih ketat itu perlu dilaksanakan bagi menghapuskan ‘kartel’ yang wujud sebelum ini.

"Kita sebenarnya tidak ada regulasi, jadi mungkin sudah tiba masanya untuk kita belajar daripada negara-negara lain termasuklah dalam isu pembukaan (mansuh) AP ini.

"Kita mesti mempunyai perancangan yang lebih ketat supaya kita berdaya saing,” katanya pada program Wacana Sinar Harian edisi 349 yang bertajuk Hapus AP, Berani Betul! yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada malam Jumaat.

Program yang bersiaran kira-kira sejam itu turut menampilkan Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Malik Abdullah sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, pengguna juga diingatkan supaya bijak memainkan peranan sekiranya ada pihak yang cuba menaikkan harga barangan yang tidak munasabah.

Katanya, sebagai pengguna mereka perlu bijak menggunakan kuasa membeli dan perlu mengubah sikap terlalu bergantung kepada barangan tertentu sahaja.

"Kalau sesuatu barang itu naik dan harganya yang tidak munasabah, kita perlu ubah mungkin boleh menggantikan dengan makanan yang lain buat sementara waktu.

"Kuasa pengguna di tangan kita, jadi guna lah sebaiknya tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu mengikuti perkembangan semasa,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca