PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menolak dakwaan bahawa beliau mempunyai 'cai' atau senarai calon 'wahyu' yang wajib menang pemilihan parti untuk sesi 2022 hingga 2025 seperti didakwa sesetengah... Klik di sini untuk terus membaca

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menolak dakwaan bahawa beliau mempunyai 'cai' atau senarai calon 'wahyu' yang wajib menang pemilihan parti untuk sesi 2022 hingga 2025 seperti didakwa sesetengah pihak, sebelum ini.

"Saya tidak mempunyai 'cai' walaupun sebagai manusia kita mempunyai minat.

Namun, kita tidak boleh menggunakan alasan peribadi mempengaruhi pemilihan kerana PKR adalah sebuah parti yang mengamalkan sistem pemilihan demokratik.

"Selagi pimpinan berkenaan menerima prinsip reformasi dan perlembagaan parti, maka kita kena terima semua.

Malah, pada 2018 walaupun saya mempunyai banyak keberatan dan menulis surat panjang kepada kepimpinan termasuk soal 'leopard' yang kita tidak boleh tukar tompoknya itu... Jangan dipatuk oleh ular dua kali.

"Jadi saya rasa semua orang faham bahawa saya tidak cenderung kepada mana-mana calon kerana saya adalah seorang daripada jemaah pimpinan PKR," katanya dalam temu bual eksklusif dengan wartawan Sinar Premium.

Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan berkata demikian ketika memberikan maklum balas sama ada beliau akan berasa selesa dan menerima dengan hati yang terbuka jika bukan calon pilihannya menang pemilihan PKR kali ini.

Anwar ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di Jalan Gasing di sini, pada Khamis.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menjelaskan beliau tidak menolak kemungkinan ada calon menggunakan namanya untuk menarik sokongan ahli PKR supaya menyokong dan mengundi mereka dalam pemilihan parti nanti.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menegaskan sebenarnya orang lain yang membuat andaian kerana kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli, menggunakan pendekatan berbeza.

"Itu adalah pendekatan dan strategi digunakan mereka untuk meraih sokongan, namun saya tidak anggap ia melanggar etika dan disiplin pemilihan PKR kerana kedua-duanya mahu menonjolkan demokrasi dan reformasi lebih tulen.

"Kedua-dua calon berkenaan mahu membantu Presiden memulihkan PKR dan mahu kita kembali ke landasan perjuangan sebenar.

Jadi saya fikir hujah berkenaan amat kuat. Malah, kalau boleh saya mahu kedua-duanya jawatan Timbalan Presiden PKR," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca