DESAKAN supaya Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson meletakkan jawatan kerana melakukan pembohongan secara terang-terangan bergema semula di Britain. Johnson bukan sahaja didesak oleh ahli-ahli Parti Konservatif pimpinannya... Klik di sini untuk terus membaca

DESAKAN supaya Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson meletakkan jawatan kerana melakukan pembohongan secara terang-terangan bergema semula di Britain.

Johnson bukan sahaja didesak oleh ahli-ahli Parti Konservatif pimpinannya tetapi juga Parti Buruh yang menjadi pembangkang di negara berkenaan.

Desakan beliau supaya meletakkan jawatan itu adalah kerana empat keping gambar yang disiarkan oleh rangkaian televisyen British, ITV News pada lewat Isnin lalu yang memaparkan Johnson dalam satu parti sosial pada 13 November 2020.

Parti itu diadakan di pejabat Perdana Menteri di Downing Street, London ketika Britain melaksanakan lockdown bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Gambar menunjukkan Johnson memegang gelas dalam majlis sosial itu bagi menghormati Pengarah Komunikasi Downing Street ketika itu, Lee Cain yang meletakkan jawatan.

Pada majlis itu, terdapat gambar yang menunjukkan lapan orang berdiri rapat-rapat yang sekali gus melanggar peraturan penjarakan sosial.

Gambar-gambar yang diperoleh ITV itu menyebabkan timbulnya keraguan baharu terhadap kebolehpercayaan Johnson sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana sebelum ini Johnson pernah menyatakan bahawa beliau tidak menyedari telah melanggar peraturan Covid-19 di pejabatnya.

Polis telah mendenda seorang pengunjung majlis itu tetapi bukannya Johnson.

Perhimpunan sosial Ketika ditanya di Parlimen pada Disember tahun lalu mengenai perhimpunan sosial tersebut, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada parti diadakan pada tarikh itu dan tiada peraturan Covid-19 yang dilanggar.

Polis pernah mendenda Johnson kerana kehadirannya dalam pesta sambutan ulang tahun kelahirannya di pejabatnya pada Jun 2020 tetapi beliau tidak didenda kerana menghadiri perhimpunan atau parti sosial lain.

Persoalan kini timbul, kenapakah Perdana Menteri itu tidak didenda kerana menghadiri parti sosial tersebut? Bagaimanapun, sikap Johnson yang tidak berterus terang tentang kehadirannya dalam perhimpunan atau parti sosial itu kini menjadi isu politik di negara tersebut.

Berikutan isu yang semakin ‘panas’ itu, lebih 18 ahli Parlimen Parti Konservatif pimpinannya telah secara terbuka mendesak Johnson meletakkan jawatan.

Namun, sejumlah ahli Parlimen lain daripada parti politik sama dipercayai tidak akan melakukan desakan disebabkan oleh perang Ukraine yang masih belum selesai.

LAGI DESAKAN BERUNDUR

Desakan yang terbaharu datangnya daripada Datuk Bandar London, Sadiq Khan daripada parti Buruh.

Johnson sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau telah terbukti berbohong di Parlimen, kata Khan.

Datuk Bandar London itu memberitahu Radio BBC Radio London pada Jumaat lalu, mengulas tentang pendedahan daripada laporan Sue Gray tentang penganjuran majlis-majlis sosial semasa lockdown pada tahun 2020.

Gray yang merupakan seorang pegawai kanan kerajaan diberi tanggungjawab menyiasat mengenai penganjuran majlis-majlis sosial di dalam bangunan kerajaan semasa pelaksanaan lockdown.

"Lelaki ini berbohong. Beliau penipu. Saya tidak mahu Perdana Menteri yang penipu,” katanya.

Namun, pada Rabu lalu, Johnson menolak untuk meletakkan jawatan.

Gray memberikan butiran 16 acara-acara sosial rasmi antara Mei 2020 dan April 2021. 12 daripadanya turut disiasat oleh polis.

Dalam laporannya, beliau mengatakan bahawa situasi yang berlaku dalam acara-acara sosial tersebut adalah tidak selaras dengan kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 ketika itu.

Beliau berkata, terdapat kegagalan kepimpinan di peringkat pusat yang perlu bertanggungjawab.

TINJAUAN PENDAPAT

Krisis kepercayaan Johnson itu dapat dilihat berdasarkan kepada tinjauan pendapat baru-baru ini.

Dalam tinjauan pendapat tersebut, tiga daripada lima orang berpendapat Perdana Menteri itu harus meletakkan jawatan.

Seramai tiga perempat daripada responden menyatakan beliau sengaja berbohong tentang parti-parti sosial.

Jika undi tidak percaya diadakan di Parlimen, Johnson perlu memastikan beliau mendapat sokongan seramai 181 ahli Parlimen Parti Konservatif bagi membolehkan beliau kekal untuk memegang jawatan berkenaan.

Ahli-ahli Parlimen Britain tidak boleh berbohong ketika berhujah di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, para penyokong Perdana Menteri itu yakin bahawa Johnson boleh mengekalkan jawatan.

Ini kerana beliau hanya menerima satu denda daripada polis disebabkan menghadiri satu parti di dalam bangunan kerajaan ketika lockdown pada tahun 2020.

Namun, desakan supaya beliau meletakkan jawatan turut disuarakan seorang ahli Parlimen veteran, Sir Roger Gale daripada Parti Konservatif yang menjadi wakil rakyat pada tahun 1983.

Pelbagai desakan yang mahu Johnson meletakkan jawatan semakin kuat kedengaran tetapi adakah beliau akan meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat?

Klik di sini untuk terus membaca