SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak menjejaskan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak menjejaskan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu hanya keluar daripada parti Bersatu, namun beliau masih kekal menyokong Perdana Menteri.

"Zuraida tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Ampang berkenaan hanya bermasalah dengan parti Bersatu.

"Biarpun Zuraida menyertai PBM namun parti itu juga belum bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Jadi tiada gunanya jika Zuraida dan PBM menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada," katanya kepada Sinar Premium.

Bagaimanapun tegas Azmi, tindakan Zuraida melompat buat kali ketiga iaitu daripada PKR kepada Bersatu dan Bersatu kepada PBM dijangka meningkatkan lagi gesaan ramai supaya kerajaan menyegerakan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Namun begitu, Azmi mengakui proses penggubalan RUU Anti Lompat Parti dijangka mengambil masa yang panjang selain memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.

Justeru, beliau percaya, RUU Anti Lompat Parti sukar untuk diwarta dan dikuatkuasakan sebelum PRU15 akan datang biarpun kerajaan komited mahu melaksanakan secepat mungkin.

"Ini kerana kelulusan RUU ini memerlukan sokongan dan kelulusan dua pertiga wakil rakyat di Dewan Rakyat sedangkan masih terdapat parti politik dan ahli Parlimen tidak bersetuju mengenai pengenalan RUU berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, beliau melihat tindakan Zuraida juga sebenarnya memberikan bola tanggung kepada UMNO untuk menggesa Perdana Menteri mempertimbangkan pembubaran Parlimen lebih cepat.

"Bagaimanapun, setakat ini saya melihat tindakan Zuraida, belum sampai ke tahap memaksa Ismail Sabri untuk membuat keputusan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca