SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sedang mendahului dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR apabila mendapat 2,427 undi. Jumlah 2,427 undi tersebut merupakan undi keseluruhan bagi enam cabang di Melaka. Setiausaha... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sedang mendahului dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR apabila mendapat 2,427 undi.

Jumlah 2,427 undi tersebut merupakan undi keseluruhan bagi enam cabang di Melaka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula memperoleh 1,464 undi dari enam cabang di Melaka itu.

Keputusan semasa tersebut dipaparkan di laman web PKR yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti hari ini.

Bagaimanapun, keputusan dan jumlah undi bagi Majlis Pimpinan Pusat serta cabang negeri lain masih belum dipaparkan.

Difahamkan keputusan bagi negeri lain akan disiarkan sepanjang hari ini seperti yang dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Dalam pada itu, bagi enam cabang di Melaka, Rafizi memperoleh undi paling banyak di Masjid Tanah dengan 551 undi.

Cabang lain ialah Alor Gajah 543 undi, Tangga Batu (499), Hang Tuah Jaya (459), Kota Melaka (216) danJasin (159).

Sementara itu, Saifuddin mendapat undi terbanyak di Alor Gajah iaitu sebanyak 493 undi.

Undi di cabang lain untuk Saifuddin ialah Tangga Batu 197, Hang Tuah Jaya 433, Kota Melaka 173 dan Jasin 135.

Agak mengejutkan apabila Saifuddin hanya memperoleh 33 dari ahli PKR cabang Masjid Tanah.

Klik di sini untuk terus membaca