ASET warisan merupakan harta yang sangat berharga. Banyak bangunan warisan telah rosak dan terbiar disebabkan faktor cuaca dan perubahan penggunaan bangunan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan rumah tradisi tanpa pelan (atau... Klik di sini untuk terus membaca

ASET warisan merupakan harta yang sangat berharga. Banyak bangunan warisan telah rosak dan terbiar disebabkan faktor cuaca dan perubahan penggunaan bangunan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan rumah tradisi tanpa pelan (atau cetakan) dan hanya berdasarkan kearifan tukang rumah menjadi faktor kenapa rumah-rumah warisan yang bernilai tinggi ini tiada rekod atau salinan keras.

Mengambil kira risiko yang tinggi ke atas kehilangan rumah ini, dokumentasi atau merekod merupakan kaedah penyimpanan maklumat amat penting bagi pengekalan sesebuah bangunan warisan.

Merujuk kepada Garis panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara (JWN) 2017 di dalam artikel 2.1 Prinsip Pemuliharaan, keadaan bangunan mestilah direkodkan sebelum sebarang kerja pemuliharaan dimulakan. Penerangan seterusnya dalam 2.1.1 sehingga 2.1.3 menegaskan kepentingan kerja dokumentasi adalah untuk memastikan kepentingan kebudayaan dan signifikan tapak tidak terusik.

Dokumentasi adalah prinsip asas berkaitan integriti dalam kerja memulihara warisan. Dengan adanya dokumentasi lengkap, maklumat warisan dapat dikekalkan dan menjadi rujukan walaupun fizikalnya sudah tiada.

Dokumentası rupa bentuk bangunan sangat pentıng untuk merekod keadaan terkını aset warisan. Ia memberı peluang merangka kerja pemulıharaan dan baikpulih.

Kebanyakan bangunan tradısı warısan tıada dokumentası dıgıtal yang boleh dırujuk. Ini mengganggu proses pemuliharaan dan baik pulih bangunan tersebut.

HBIM atau Heritage Building Information Modelling selalu dikaitkan dengan penghasilan rakaman dalam bentuk 3D untuk bangunan lama.

Walaupun ia telah lama dilaksanakan oleh negara luar, beberapa institusi kerajaan dan swasta sudah mula menggunakan model ini bagi proses dokumentasi digital bangunan bersejarah. Ketika ini satu kajian yang diketuai penulis bersama beberapa orang penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuat dokumentasi digital menggunakan imbasan laser bagi mengenalpasti cara terbaik untuk penggunaan optimum maklumat digital dalam proses dokumentasi dan laporan kecacatan bangunan lama.

Kajian ini turut disertai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JWN. Kajıan ını memberı peluang banyak bangunan warısan didokumenkan memandangkan proses imbasan laser mengambil masa yang singkat untuk merekod dan janaan 3D.

Selain itu, proses imbasan bangunan menggunakan laser berupaya menghasilkan data digital yang penting dalam proses dokumentasi bangunan. Cerapan imej digital yang boleh terus diproses untuk menghasilkan janaan tiga dimensi bangunan dapat menjimatkan tempoh penghasilan lukisan terukur lengkap.

Ia juga menyimpan data digital dalam bentuk foto yang boleh dirujuk semasa kajian kerosakan bangunan dijalankan. Keupayaan menggunakan point cloud data dalam proses mereka bentuk membolehkan anda membuat model sebenar (as-built models) yang merupakan proses penting dalam kerja konservasi.

Tambahan pula, teknologi imej janaan memberi peluang penghasilan pelbagai output yang juga boleh digunakan dalam proses membaikpulıh bangunan, janaan Augmented Realıty (AR) dan banyak lagi kegunaannya.

Maklumat lengkap aset warisan dalam bentuk digital merupakan satu khazanah bangsa. Ia juga selaras dengan dasar MyDigital yang diperkenalkan pada tahun 2021 di mana penggunaan data digital secara meluas dalam semua sektor dalam negara.

Pendekatan penggunaan teknologi ini juga memberi peluang dalam usaha mengekalkan kelestarian aset warisan negara. Walaupun tidak dapat dilihat lagi secara fizikal, ia dapat memberi gambaran secara visual kepada generasi akan datang akan ketamadunan bangsa.

* Profesor Madya Ts Dr Shahrul Yani Said ialah dari Pusat Pengajian Ukur Bangunan Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU) UiTM Shah Alam

Klik di sini untuk terus membaca