[MUKADIMAH] Dr Nur Amalina Che Bakri, Fakhirah Khairuddin dan Mohd Nasarudin Mohd Yusof adalah antara rakyat Malaysia yang menempa nama dalam kerjaya profesional di luar negara. Pencapaian mereka dalam bidang masing-masing adalah luar... Klik di sini untuk terus membaca

[MUKADIMAH] Dr Nur Amalina Che Bakri, Fakhirah Khairuddin dan Mohd Nasarudin Mohd Yusof adalah antara rakyat Malaysia yang menempa nama dalam kerjaya profesional di luar negara.

Pencapaian mereka dalam bidang masing-masing adalah luar biasa.

Namun, sementara kita boleh berbangga permata negara ini mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, pada masa sama kita juga kehilangan bakat yang amat diperlukan tanah air tercinta ini.

Barangkali kita perlu melahirkan lebih ramai individu seperti Nur Amalina, Fakhirah dan Mohd Nasarudin. Berikut ialah profil antara rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di luar negara.

FAKHIRAH KHAIRUDDIN

Kerjaya: Pengajar jurutera teknik latihan robotik di Tesla, Amerika Syarikat

Umur: 26 tahun

Bidang: Kejuruteraan mekanikal dan aeroangkasa

Menetap: Fremont, California, Amerika Syarikat

Pencapaian:Memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge pada 2019 hasil penampilan projek lengan robotik yang direka olehnya.

Mereka cipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks dan menunjukkan konsep terbaharu itu melalui ujian cetakan 3D.

Dilantik sebagai ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter, Universiti California.

DR KHOO YOONG KHEAN

Kerjaya: Pakar perubatan

Umur: 39 tahunBidang: Kesihatan global, sistem penjagaan kesihatan dan pengurusan penjagaan kesihatan

Menetap: Singapura

Pencapaian :Menyertai pasukan pentadbiran di hospital awam di Singapura sebagai penganalisis data klinikal di bawah rangka kerja akreditasi Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI)

Merupakan sebahagian daripada jawatankuasa pentauliahan dan keistimewaan untuk pembedahan robotik, prosedur endoskopi gastrousus dan prosedur pembedahan laparoskopi

Sekarang ialah pegawai saintifik di institut penyelidikan kesihatan global di sebuah universiti di Singapura, di bawah cabang dasar kesihatan global, membangun dan menyokong program dan dasar kesihatan global

Dr. Khoo Yoong Khean

NUR AMALINA CHE BAKRI

Kerjaya: Pelatih pakar bedah

Umur: 34 tahun

Bidang: Perubatan

Menetap: London, England

Pencapaian:Mendapat keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia

A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England

Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi di Universiti Edinburgh, Scotland

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh

Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge

Dari 2017 sehingga kini, Amalina mengikuti pengajian doktor falsafah (PhD) dan berkhidmat sebagai seorang pendaftar pembedahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London

Nur Amalina

DR AHMAD SYAHID AHMAD FAWZAL

Kerjaya: Pakar dinamik bendalir dan pemindahan haba

Umur: 40 tahun

Menetap: Middlesbrough, England

Pencapaian: Pencipta konsep Nombor Fawzal (Fa) yang digunakan oleh pengeluar supercar dan hipercar terkemuka

Salah satu hasil ciptaannya telah digunakan dalam kereta Ferrari jenis SF90 Stradale.

Ahmad Syahid juga aktif dalam menyumbangkan paten-paten berkaitan dengan automotif dan alatan proses kimia khususnya pergerakan bendalir dan haba.

Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal

MOHD NASARUDIN MOHD YUSOF

Kerjaya: Bekerja dengan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di The Hague, Belanda

Umur: 60 tahun

Menetap: The Hague, Belanda

Pencapaian:

Rakyat Malaysia pertama yang menerima Hadiah Nobel Keamanan 2013.

Mohd Nasarudin

PROFESOR DR SERENA NIK ZAINAL

Kerjaya: Profesor ubatan genomik

Bidang: Genetik klinikal dan penyelidikan kanser di Universiti Cambridge

Menetap: Cambridge, England

Pencapaian: Menerima anugerah Francis Crick Medal and Lecture 2021 atas sumbangannya terhadap kajian punca kanser

Professor Dr Serena Nik Zainal
Klik di sini untuk terus membaca