TANGGAL 31 Mei menandakan ulang tahun ke-48 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Sejak 48 tahun lalu, sebagai jiran tradisional yang karib, China dan Malaysia menubuhkan hubungan diplomatik dengan mendukung niat asal iaitu saling menghormati dan kewujudan bersama secara aman.
48 tahun kemudian, sebagai rakan kerjasama yang penting, semangat bersatu padu harungi kesusahan antara China dan Malaysia terus memperdalam perkongsian strategik komprehensif, lantas merangka bab baharu dalam kerjasama pembangunan.
Prinsip saling menghormati dan saling mempercayai merupakan batu sendi hubungan China-Malaysia. Pemimpin kedua-dua negara dari dulu hingga kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh persahabatan China-Malaysia.
Tahun lalu, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadiri Sidang Kemuncak Khas bagi Memperingati Ulang Tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN yang menyaksikan penaiktarafan hubungan China-ASEAN.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bersama mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi China-Malaysia, di mana konsensus penting dicapai untuk mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu pada era pasca-Covid-19.
Prinsip saling bermanfaat diutamakan dalam kerjasama China-Malaysia. Sejak terjalin hubungan China-Malaysia, kerjasama pragmatik dalam pelbagai sektor mencatat kemajuan berterusan, serta melawan trend pandemik untuk mencapai pertumbuhan.
Pada tahun 2021, perdagangan dua hala China-Malaysia mencatat rekod tinggi iaitu peningkatan sebanyak 34.5 peratus kepada AS$176.8 bilion, malah China kekal sebagai rakan dagang Malaysia terbesar buat 13 tahun berturut-turut.
Pelaburan China dalam sektor pembuatan Malaysia telah mencapai AS$3.98 bilion dan mewujudkan sebanyak 14,000 peluang pekerjaan di Malaysia. Projek kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan berkualiti tinggi seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah mencatat kemajuan 30 peratus akan memacu pembangunan ekonomi tempatan dan memanfaatkan rakyat.
Prinsip saling membantu merupakan batu asas persahabatan China-Malaysia. Kisah-kisah Laksamana Cheng Ho melawat Melaka sekurang-kurangnya lima kali dalam tujuh pelayaran beliau menggambarkan hubungan karib China-Malaysia sejak zaman dahulu.
Meskipun pelbagai kesusahan dan cabaran dihadapi sejak penubuhan hubungan diplomatik, China dan Malaysia selalu saling membantu demi mengorak langkah ke hadapan, barangkali menjadi model contoh kepada negara-negara serantau.
Ketika peringkat awal penularan Covid-19 di China, Malaysia dengan segeranya menyumbang barangan keperluan kepada China. Satu demi satu kumpulan vaksin China dalam kuantiti berpuluh-puluh juta turut sampai di Malaysia bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan usaha membina benteng imunisasi.
Situasi antarabangsa kini sedang mengalami perubahan rumit dan mencabar. Berdepan dengan berbagai-bagai ketidakstabilan dan ketidaktentuan, China terus memacu pembangunan berkualiti tinggi dalam usaha menyumbang tenaga positif kepada pembangunan global.
HALA TUJU MALAYSIA-CHINA
Malaysia kini memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 di samping berusaha mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Memandang ke depan, China dan Malaysia perlu sama-sama merebut peluang dan menghadapi cabaran untuk memperkembangkan hubungan dua hala dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada dunia.
China dan Malaysia perlu terus menjadi pendukung pembangunan bersama dan kerjasama berkongsi nasib.
China sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan; meneroka kerjasama rantaian penuh dalam pembangunan, pembuatan dan ujian klinikal vaksin manusia; menubuhkan sebuah pusat pembangunan vaksin serantau di Malaysia;.
Tidak ketinggalan memperluaskan kerjasama dalam industri tradisional termasuk elektrik dan elektronik, pembuatan automotif, peleburan bahan kimia, pengangkutan rel dan pelabuhan; meneroka potensi pembangunan industri memuncul seperti ekonomi digital, pembangunan hijau, e-dagang dan keselamatan siber, serta memperkukuh pertukaran antara rakyat bagi mempertingkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif dua negara.
China dan Malaysia perlu terus menjadi pejuang dalam mengekalkan keamanan dan menggalakkan kerjasama. Berdepan dengan perubahan dunia, masa dan sejarah, Presiden Xi Jinping mencadangkan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, malah menyumbang cadangan China untuk menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia.
China sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk mengamalkan fahaman pelbagai hala yang sebenar, terus mengukuhkan kerangka serantau yang terbuka dan inklusif dengan ASEAN sebagai pusat, sama-sama menghadapi cabaran keselamatan serantau dan antarabangsa berdasarkan prinsip keamanan.
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk mengikut hala tuju tepat kerjasama serantau, berkongsi peluang pembangunan yang dibawakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), mempercepatkan pelaksanaan Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari, sekali gus membina halaman yang aman, damai, makmur, indah dan mesra.
* Ouyang Yujing ialah Duta Besar China ke Malaysia
Klik di sini untuk terus membaca