BERDASARKAN keputusan tidak rasmi, Rafizi Ramli mengalahkan Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Awang ucapkan syabas pada Rafizi.
Pada waktu yang sama Awang nak ucapkan tahniah pada Saifuddin.
Memang sengit pertandingan kali ini. Sama sengitnya dengan pertandingan di antara Tuk Seri Azmin Ali dan Rafizi dulu.
Mungkin keadaannya berbeza kali ini. Pucuk pimpinan tertinggi parti nampaknya tak menyebelah mana-mana pihak. Jadi akar umbilah yang buat keputusan.
Awang juga yakin tidak akan berlaku tindakan keluar parti bagi penyokong Saifuddin. Khabarnya khemah besar PKR tidak roboh kali ini, cuma bergegar sahaja.
Macam-macamlah teori mengapa Rafizi menang. Ada yang kata akar umbi mahu perubahan. Mereka mahu reformasi dalam PKR.
Apa yang Awang tahu, Saifuddin orang setia. Dipanggang, dicelup, diseksa, dia tetap bersama Tuk Seri Anwar. Beliau sokong Tuk Seri Anwar sejak Presiden PKR itu disingkirkan dari kerajaan pada tahun 1998.
Tapi nampaknya kesetiaan sahaja belum cukup. Mungkin bagi penyokong PKR, Saifuddin tak mampu jadi regu Tuk Seri Anwar untuk hadapi PRU15.
Mungkin Rafizi yang dikatakan strategis hebat diperlukan oleh PKR masa ini. Tambahan pula prestasi PKR dalam pilihanraya negeri di Melaka, Sarawak dan Johor tampak lemah.
Mungkin Rafizi boleh bantu Tuk Seri Anwar bawa PKR pada kegemilangan baru.
Klik di sini untuk terus membaca