AWANG ucapkan tahniah pada kaum wartawan negara ini yang menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada hari Ahad baru lalu. Tuk Seri Perdana Menteri sendiri melancarkan majlis itu di Melaka.
Banyak orang tak faham tugas wartawan. Ada juga pemimpin yang anggap mereka jadi corong propaganda kerajaan. Mereka patut buat berita yang baik-baik sahaja tentang kerajaan dan pemimpin.
Wartawan bukan sahaja tukang lapor berita dan sebar maklumat tetapi juga menyuarakan pandangan dan teguran tentang hal-hal yang membabitkan kepentingan rakyat.
Teguran yang membina akan memperbaiki pentadbiran kerajaan. Mereka patut dedahkan salah laku, amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Wartawan berada di barisan hadapan dalam apa keadaan sekalipun. Ini termasuklah sewaktu malapetaka alam, kemalangan atau penyakit.
Sewaktu pandemik Covid-19 mereka adalah frontliners membuat laporan tanpa menghiraukan keselamatan mereka sendiri.
Awang percaya para wartawan berpegang teguh pada etika dan profesionalisme mereka. Mereka menghadapi persaingan dari pelbagai sudut. Laporan mereka bersaing dengan apa yang dipaparkan dalam media sosial.
Orang ramai hari ini banyak bergantung pada media sosial untuk mendapatkan maklumat walaupun kita tahu banyak berita dari Internet tidak sah atau fake news.
Awang harap dengan jaminan kebebasan media yang dijanjikan oleh Tuk Seri Perdana Menteri, tugas wartawan akan jadi lebih mudah.
Kita perlukan media yang bebas dan terbuka demi demokrasi yang sihat.
Klik di sini untuk terus membaca