PENJUAL ayam-penjual ayam di Singapura buat pertama kalinya berdepan dengan kos tinggi sejak Rabu apabila Malaysia menghentikan eksport haiwan segar itu bermula pada 1 Jun lalu.
Pada bulan lepas, Kuala Lumpur memutuskan untuk menghentikan eksport bulanan ke negara-negara lain dengan melibatkan sebanyak 3.6 juta ekor ayam mulai 1 Jun ini bagi menangani masalah kekurangan bekalan makanan di dalam negara tersebut.
Sebagai reaksi tindakan Malaysia tersebut, Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pemberhentian eksport itu mungkin mengakibatkan gangguan sementara kepada bekalan ayam sejuk di negaranya.
Hampir semua bekalan ayam di Singapura diimport dari negara luar iaitu Malaysia sebanyak 34 peratus, 49 peratus dari Brazil dan 12 peratus lagi dari Amerika Syarikat, menurut data dari SFA.
Beberapa penjual yang bergantung kepada pembekal ayam dari Malaysia memberitahu akhbar The Straits Times pada Rabu bahawa operasi pemberhentian jualan ayam itu akan dilakukan selama sebulan.
Situasi itu berlaku ke atas pemilik Heng Huat Fresh Chicken di Pasar Ghim Moh, Peter Goh yang menyatakan bahawa Rabu menjadi hari terakhir bagi penjual ayam berusia 52 tahun itu mengendalikan gerainya kerana dia tidak akan mendapat bekalan ayam segar lagi.
Pemberhentian eksport itu menyebabkan para penjual nasi ayam melakukan persediaan untuk menjual ayam beku dan tidak ayam segar sebagaio hidangan makanan apabila bekalan haiwan tersebut semakin berkurangan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Harga sepinggan nasi ayam yang dihidang bersama-sama kuah dan sayur-sayuran pada kebiasaannya dijual dengan harga kira-kira S$4 (RM12.80) di kedai makan yang dikenali sebagai pusat penjaja di negara berkenaan.
TERPAKSA HENTI BERNIAGA
Pemilik Ngoh Kia Seafood di Pasar Timur Bukit Batok, Singapura, H.S. Chng, 58, berkata, stok ayam segarnya akan bertahan sehingga Khamis dan selepas itu jika tidak boleh mendapatkan stok untuk ayam segar atau pun beku, beliau perlu menghentikan operasi peniagaannya.
Para pembekal ayam segar juga dilaporkan telah menaikkan harga sebelum ia sampai kepada peniaga sehingga ada yang berpendapat harga tersebut masih mahal untuk dibeli oleh para pengguna.
Para pengendali makanan dan minuman memberitahu syarikat media Mediacorp menyatakan mereka sudah mula menyimpan stok dan beralih kepada alternatif ayam beku meskipun harganya juga dinaikkan.
Para penjual ayam berkata, mereka tidak mempunyai pilihan selain menyalurkan kenaikan harga itu kepada para pelanggan.
Baru-baru ini, harga kos ayam segar meningkat sekitar S$1 (RM3.20) hingga S$2 (RM6.39) sekilogram.
Ketika bulan puasa yang lalu harga ayam beku adalah sekitar S$4 (RM12.78) seekor dan menjelang Hari Raya harganya sekitar S$4.20 (RM13.42) dan harganya dijangka boleh mencecah sehingga S$5 (RM15.98) seekor, kata seorang peniaga di Singapura baru-baru ini.
Para penjual ayam yang ditemui Mediacorp sebelum Malaysia menghentikan eksport ayam berkata, mereka tidak menyaksikan lonjakan pada permintaan ayam tetapi mereka melihat lebih ramai pelanggan yang merungut tentang kenaikan harga bagi ayam segar.
Seorang pemilik gerai di Halnaz Frozen Goods, Singapura yang yang menjual daging halal, Mohamed Basheer memberitahu CNA bahawa pembekal memberitahunya bahawa masih terdapat bekalan ayam segar untuk 15 lagi hari.
Pelanggan-pelanggan juga jarang ada pada hari Rabu untuk gerainya tetapi dia berkata bahawa pada setiap Isnin dan Rabu pada kebiasaannya adalah 'hari tenang' di pasar kerana beberapa gerai yang menjual ikan ditutup.
Walau bagaimanapun, Basheer telah cuba untuk tidak menaikkan harga jualan ayamnya dengan terlalu banyak walaupun pembekalnya mungkin berbuat demikian.
GANTI DENGAN AYAM BEKU
Malah, dia telah meningkatkan perkhidmatannya yang ditawarkan dengan penghantaran percuma ke rumah kepada pelanggan-pelanggannya yang tinggal di sekitar kawasan Bukit Merah.
Dia juga menyatakan bahawa beberapa pelanggannya telah mengubah pemikiran mereka dengan menerima ayam beku dijualnya untuk dijadikan makanan berbanding ayam segar sebelum ini.
Namun, Singapura mempunyai hubungan yang kadangkala tidak mesra dengan Kuala Lumpur juga menghadapi masalah kenaikan harga dengan inflasi ialah pada kadar 3.3 peratus yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan pada April lalu.
Ia merupakan kadar tertinggi sejak Februari 2012 didorong oleh inflasi yang lebih tinggi untuk elektrik dan gas termasuk makanan serta barangan lain dengan beberapa penganalisis ekonomi menjangkakan bank pusat akan mengetatkan dasar-dasar kewangan pada Oktober depan. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca