SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhak mencalonkan sesiapa sahaja untuk menggantikan tempat Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru selepas... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhak mencalonkan sesiapa sahaja untuk menggantikan tempat Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru selepas Ahli Parlimen Ampang berkenaan keluar parti dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, beliau menyerahkan kepada Muhyiddin untuk mencalonkan nama mana-mana pemimpin jika terdapat kekosongan jawatan Menteri Kabinet daripada parti Bersatu.

Mohd Redzuan yang juga Pengerusi Boustead Holdings Berhad berkata, walaupun pelantikan Menteri Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri, namun keputusan berkenaan perlu dibuat dengan persefahaman dan persetujuan Presiden Bersatu.

"Saya rasa kedua-dua pemimpin iaitu Perdana Menteri dan Presiden Bersatu perlu memilih calon paling sesuai dengan merit tertentu untuk menangani beberapa cabaran terutamanya ekonomi dan krisis kewangan yang melanda negara sekarang," katanya dalam jawapan kepada Sinar Premium pada Rabu.

Zuraida sudah dua kali bertukar parti iaitu dari PKR ke Bersatu dan kini beliau menyertai PBM pula.

Mohd Redzuan atau Pak Wan berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai mengenai khabar angin mengatakan beliau adalah antara empat nama diserahkan Muhyiddin kepada Ismail Sabri sebagai pengganti Zuraida yang bertindak keluar Bersatu dan menyertai PBM pada minggu lalu.

Tiga lagi nama lain yang turut tersenarai sebagai pengganti Zuraida termasuklah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Timbalan Menteri di JPM (Parlimen dan Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

Terdahulu, media melaporkan Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta meninggalkan parti Bersatu dan menyertai PBM.

Bagaimanapun, Zuraida juga dilaporkan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri dan dilaporkan akan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri.

Ini menjadikan Zuraida sudah dua kali bertukar parti selepas 'Langkah Sheraton' apabila sebelum ini bertindak keluar PKR dan menyertai Bersatu dan kini keluar Bersastu untuk sertai PBM.

Difahamkan, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Klik di sini untuk terus membaca