MATLAMAT pendidikan partisipasi politik ialah membangun minat, ilmu dan kemahiran politik dalam kalangan belia agar berpartisipasi dengan penuh, aktif dan efektif dalam demokrasi. Dalam hal ini, apa yang paling tidak diingini ialah... Klik di sini untuk terus membaca

MATLAMAT pendidikan partisipasi politik ialah membangun minat, ilmu dan kemahiran politik dalam kalangan belia agar berpartisipasi dengan penuh, aktif dan efektif dalam demokrasi.

Dalam hal ini, apa yang paling tidak diingini ialah indoktrinasi politik.

Justeru, ia mesti melibatkan kebebasan berfikir dan bertindak. Pendidik mesti ikhlas. Tujuannya bukanlah menentukan siapa mendapat undi belia.

Tujuannya ialah belia berpartisipasi dengan berkesan supaya demokrasi semakin matang, stabil dan berjalan dengan baik serta agar belia dan rakyat menerima manfaat daripada kebaikan-kebaikan demokrasi.

Kita tidak perlu mewujudkan mata pelajaran baharu. Apa yang diperlukan ialah mewujudkan ‘Modul Pendidikan Partisipasi Politik’ yang holistik melibatkan kesepaduan idealisme, aktivisme dan intelektualisme, keseimbangan antara ilmu/akademik, kokurikulum dan interaksi antara sekolah/institut pengajian tinggi (IPT) serta pelajar/belia dengan masyarakat.

Modul ini harus diolah supaya mampu menjadi teras dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang multi-disiplin.

Ia boleh digunakan sama ada, dalam menambah baik kandungan mata pelajaran di sekolah, contohnya Sivik, Sejarah dan Pengajian Am atau pengayaan mata pelajaran lain, contohnya, Geografi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Ia juga dapat membantu pengayaan bidang dan kursus di IPT dan program-program pelajar/belia di luar sekolah/IPT.

MAKNA DEMOKRASI

Modul ini juga harus menjadi teras aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah/IPT, dalam hubungan antara sekolah/IPT dengan masyarakat dan bagi keseluruhan program serta aktiviti gerakan pelajar/belia.

Isi kandungannya tidak boleh bermula dengan kosong. Kita harus mengiktiraf hakikat bahawa pelajar/belia telah pun sedikit sebanyak terdedah kepada politik.

Makna politik perlu diterangkan dengan benar. Makna demokrasi perlu diterangkan dengan komprehensif.

Pelajar/belia perlu didedahkan tentang perlunya pembaharuan, pemurnian atau islah untuk memastikan demokrasi berjalan dengan adil dan bersih.

Ia perlu praktikal, bukannya bersifat utopia. Ia perlu terbuka kepada pelbagai idea dengan berasaskan budaya ilmu, bukannya bertaklik buta kepada satu pendapat sahaja, terikut-ikut, berat sebelah dan emosional.

Ia perlu mengambil kira minat pelajar/belia yang pelbagai. Ia harus multi-bidang dan multi-peringkat. Ia perlu memfasilitasi mereka yang mempunyai minat lebih tinggi daripada yang lain dan ingin mengkhusus dalam bab tertentu.

Ia mestilah berorientasi belia dan bukannya berorientasi parti, kerajaan, sekolah dan IPT.

Ia harus meliputi tiga kerangka: pelajar/belia mengamalkan kerajaan-sendiri (self-government), pelajar/belia mengamalkan kerajaan-bersama (partnership in government) dengan pentadbiran sekolah/IPT, dan pelajar/belia mengamalkan kerajaan-bersama dengan pihak berkuasa masyarakat di luar institusi/organisasinya.

Semua ini adalah sebahagian daripada proses mematangkan demokrasi Malaysia.

Makna politik perlu diterangkan dengan benar. Makna demokrasi perlu diterangkan dengan komprehensif.

Pelajar/belia perlu didedahkan tentang perlunya pembaharuan, pemurnian atau islah untuk memastikan demokrasi berjalan dengan adil dan bersih.

* Datuk Seri Saifuddin Abdullah ialah Menteri Luar Negeri dan Ahli Parlimen Indera Mahkota. Beliau aktif di twitter: @saifuddinabd

Klik di sini untuk terus membaca