SHAH ALAM - Semua pemimpin politik diminta untuk menghentikan sebarang gerakan berpolitik demi meraih kuasa, sebaliknya mengekalkan sahaja bentuk kerajaan sedia ada sehingga pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden dan Ketua... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Semua pemimpin politik diminta untuk menghentikan sebarang gerakan berpolitik demi meraih kuasa, sebaliknya mengekalkan sahaja bentuk kerajaan sedia ada sehingga pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, beliau secara peribadi merasakan sebarang proses peralihan kuasa pentadbiran kerajaan atau cadangan pelaksanaan PRU15 pada masa kini tidak sesuai, susulan negara baru menjalani proses pembukaan ekonomi menerusi fasa endemik.

Menurutnya, dengan negara berdepan masalah ekonomi, isu hiperinflasi dan krisis sekuriti makanan meruncing, semua pihak harus mengurangkan aktiviti 'politicking' dan wajib memperbanyakkan kerja membina semula negara.

"Sekarang ekonomi negara baru dibuka semula. Saya tidak fikir pelaksanaan PRU atau usaha pengambilalihan kepimpinan negara ala 'Langkah Sheraton' langkah yang baik.

"Lebih baik kita kekalkan sahaja apa yang ada, termasuk mengekalkan kerajaan sekarang sehingga PRU15. Tidak sesuai untuk sebarang perubahan kepimpinan dibuat masa ini kerana kita ada cabaran lebih besar yang harus dihadapi," katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengatakan beliau dihubungi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dua bulan lalu bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Ahli Parlimen Semporna itu mendakwa, Muhyiddin memberitahu bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu telah mendapat sokongan 119 daripada keseluruhan 220 ahli Parlimen ketika ini (dua lagi ahli Parlimen meninggal dunia).

RAIS HUSSIN

Menurut laporan The Star, Mohd Shafie mendedahkan Muhyiddin mendakwa telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemudiannya bersetuju menyokongnya.

Pada 1 Mac 2020, Muhyiddin dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan susulan disahkan Istana Negara bahawa beliau menerima sokongan majoriti ahli Parlimen.

Beliau menggantikan bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan pada 24 Februari 2020, sekali gus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ditadbir selama 22 bulan runtuh.

Mengulas lanjut, Rais Hussin yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu turut berpandangan pelaksanaan PRU15 tidak perlu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pada masa sama, beliau juga berharap tiada pihak lagi yang cuba mendapatkan kuasa politik mentadbir Putrajaya tanpa melalui PRU.

"Bagi saya, mandat itu perlu diberikan semula kepada rakyat dan biarlah rakyat yang tentukan parti mana yang layak mentadbir negara.

"Bila negara sudah sesuai melaksanakan PRU15, masing-masing tawarkanlah sahaja apa jua bentuk manifesto pilihan raya terbaik untuk dinilai rakyat.

"Pendekatan sebegini adalah jauh lebih baik daripada kita tidak sudah-sudah berpolitik dan akhirnya membantutkan usaha membina semula ekonomi negara," tegasnya lagi.

Klik di sini untuk terus membaca