ADA yang kata sekarang adalah masa yang sesuai untuk buat pilihan raya umum (PRU). Barisan Nasional (BN) pun bersemangat nak buat PRU.
Seluruh tenaga sudah dikerah untuk buat persiapan. Banyak jugalah para sarjana dan pengulas politik yang kata sekarang masa yang terbaik.
Awang harap mereka yang sibuk sangat nak adakan PRU fikirkanlah penderitaan rakyat di bawah sana. Negara kita baru nak melangkah era peralihan dari pandemik ke endemik.
Kesan dua tahun terkurung akibat pandemik Covid-19 masih dirasakan. Perusahaan dan perniagaan baru nak pulih. Ekonomi baru nak bangkit semula.
Tapi jangan lupa sekarang ada krisis bahan makanan. Ayam hilang dari pasaran. Harga ayam jadi RM20 seekor. Minyak masak melambung tinggi. Barang keperluan untuk rakyat naik mendadak. Tak terfikirkah mereka tentang beban pada rakyat terbanyak masa ini?
Janganlah fikir nak kekalkan kuasa sahaja. Lagipun Awang tak percaya dengan PRU akan jamin kestabilan politik.
Awang yakin selepas PRU14, tidak ada parti yang akan dapat mandat besar macam BN dulu.
Kerajaan akan tetap dianggotai oleh gabungan parti-parti. Politik juga tidak akan stabil oleh sebab tidak ada parti yang punya kuasa mutlak.
Nak kuasa tunggu dulu, utamakan makanan rakyat!
Klik di sini untuk terus membaca