BAGI Awang, apa yang baik untuk pelajar kita, buatlah. Tak kiralah akronim apa pun yang diletakkan, ABC, DEF atau XYZ. Yang penting hasilnya.
Awang cuma nak ingatkan jangan sampai pelajar kita jadi bahan percubaan pakar pendidik. Nak terap teori mereka, pelajar kita jadi korban. Apa yang ada tidak diperbaiki, tapi dicari beban baharu untuk digalas. Sekejap itu, sekejap ini.
Khabarnya Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dimansuhkan tahun ini. Apakah itu langkah yang baik? Awang takut apabila terbukti silap, esok lusa muncul balik dengan nama lain.
Kata Menteri Kanan Pendidikan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pun akan dimansuhkan tahun ini. Lepas ini mungkin Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula. Itukah langkah terbaik untuk sistem pendidikan kita? Ramai orang persoal apakah sistem pendidikan kita boleh menyahut cabaran hari ini dan masa depan? Apakah sistem pendidikan kita boleh lahirkan pelajar yang mampu bersaing? Apakah kita menapak ke hadapan atau berundur ke belakang?
Buat masa ini, Awang harap Kementerian Pendidikan Malaysia kena pastikan sistem yang terbaik dan sesuai dengan kita. Ini bukan masa nak buat percubaan.
Jika betul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terbaik, buatlah, tapi jangan nanti tak ada kesan pula.
Seingat Awang, entah berapa banyak percubaan telah dibuat oleh kementerian setakat ini.
Apa yang nampak adalah bebannya para guru, ibu bapa dan pelajar. Kebaikan jangka panjangnya belum tentu lagi.
Klik di sini untuk terus membaca