SHAH ALAM - Keputusan tidak rasmi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penggal 2022-2025 menyaksikan majoriti pemimpin generasi baharu diangkat untuk memegang jawatan di peringkat cabang dan pusat, sekali gus menolak tanggapan Presidennya,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Keputusan tidak rasmi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penggal 2022-2025 menyaksikan majoriti pemimpin generasi baharu diangkat untuk memegang jawatan di peringkat cabang dan pusat, sekali gus menolak tanggapan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengatur keputusan pemilihan parti.

Pengerusi Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia (Generasi Keadilan), Yusmadi Yusoff berkata, keputusan tidak rasmi itu juga membuktikan kepimpinan Anwar berjaya membina generasi kepimpinan baharu dan membenarkan kelompok pemimpin muda mengambil alih tampuk pentadbiran parti.

Jelas beliau, pemilihan kali ini turut membolehkan PKR menghantar mesej kepada pengundi negara ini bahawa parti itu mahu berubah dan mendengar segala pandangan akar umbi.

"Saya tengok ini adalah satu gambaran bahawa kebijaksanaan ahli memilih kepimpinan baharu berdasarkan cita rasa masing-masing serta tidak terikat dengan pengaruh cai atau perkara lain.

"Dengan Rafizi diangkat sebagai Timbalan Presiden baharu diikuti pemilihan empat Naib Presiden yang berasal daripada generasi lebih muda, situasi ini membuktikan kepimpinan Anwar yang memberi ruang kepada pemimpin muda berbakat mengemudi PKR, sekali gus menolak dakwaan beliau cuba mencatur keputusan pemilihan," ujarnya kepada Sinar Premium pada Selasa.

1795894

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemenangan ramai pemimpin baharu dalam pemilihan PKR penggal 2022-2025 yang diketuai oleh Rafizi dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti baharu, Adam Adli Abdul Halim.

NAMA BESAR TEWAS

Pemilihan kali ini turut menyaksikan ramai nama besar yang tewas di peringkat cabang dan pusat termasuklah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin; bekas Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador dan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul.

Berikutan kekalahan tidak rasmi Farhash Wafa terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Pengerusi PKR Selangor, beliau mengemukakan bantahan rasmi terhadap JPP dan menyuarakan kebimbangan terdapat unsur manipulasi data pengundian oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengulas mengenai hala tuju parti bagi menghadapi PRU15 selepas tamat proses pemilihan, Yusmadi yang juga bekas Ahli Parlimen Balik Pulau membayangkan, Anwar bakal menggunakan pendekatan kepimpinan muafakat sebagaimana diterjemahkan beliau melalui Majlis Presiden PH.

Beliau turut percaya formula gabungan kepimpinan dua generasi yang membentuk 'the genius of United State of America (USA)' di antara Benjamin Franklin, James Madison dan Alexander Hamilton sewaktu peristiwa pembentukan awal Amerika Syarikat, mampu diaplikasi Anwar dan Rafizi bagi membentuk kepimpinan baharu negara yang berintegriti.

"Saya andaikan satu kolaborasi muafakat pemimpin menggabungkan tokoh bijaksana daripada generasi lama dan baharu akan ditonjolkan PKR dan PH untuk ditawarkan kepada rakyat negara sewaktu mendepani PRU15.

"Paling penting, semua pemimpin berlainan generasi yang diketengahkan terbukti beretika dan berintegriti, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa PKR dan PH benar-benar serius untuk menjuarai agenda reformasi negara," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca