BELALANG perhati dengan penuh teliti tentang isu pilihan raya umum (PRU) dan siapa yang berhasrat mahu ia diadakan sekarang.
Dan Belalang dapati dalam banyak-banyak parti, hanya UMNO sahaja satu-satunya parti yang mahu ia diadakan sekarang.
Mungkin juga parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN). Selain dari itu tidak ada parti yang mahukan PRU buat masa ini termasuklah parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.
Parti-parti yang berada dalam gagasan Pakatan Harapan (PH) jangan cakaplah. Mereka lagilah tidak mahu.
Ini kerana kesemua parti politik tidak bersedia dan berada dalam kedudukan yang masih lemah sama ada dari segi moral mahupun fizikal.
Mereka dapat melihat ini semua dalam pilihan raya-pilihan raya negeri yang telah berlangsung.
Mereka bukan sekadar kalah tetapi kalah teruk. Dalam kebanyakan keadaan mereka kalah kerana undi mereka berpecah dua, tiga, empat atau lima penjuru.
Undi UMNO/BN walaupun tak bertambah tetapi solid.
Walaupun itulah hakikat dan realitinya tapi sehingga ke saat ini tidak ada satu pun parti di luar lingkaran BN yang berjaya mencari titik persamaan untuk bergabung di bawah khemah besar.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun mengakui hakikat ini.
Dalam satu temuramah terbaharu dengan media, beliau mengakui tanpa khemah besar tidak ada siapa pun yang dapat menewaskan UMNO/BN.
Namun pada satu sudut yang lain, beliau menegaskan yang partinya masih tidak dapat menerima kumpulan yang telah menyebabkan kerajaan PH musnah selepas 22 bulan memerintah.
Tun Dr Mahathir secara spesifik menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dua orang pemimpin yang partinya tidak nampak masih boleh bekerjasama.
Kesimpulannya, tiada gerakan untuk memastikan satu lawan satu dengan BN maka tiada harapan untuk menang.
Sementara UMNO begitu yakin sekaranglah masa yang sesuai untuk Perdana Menteri membubarkan parlimen iaitu ketika lawan berada dalam kedudukan yang paling lemah tapi pada satu sudut pandang yang lain, situasi ekonomi yang muram dan inflasi yang semakin meningkat boleh mengubah mood pengundi dan mereka boleh menghukum UMNO/BN.
Tidak ada satu barangan pun yang tidak naik - daripada bahan makanan dan barangan runcit sehinggalah kepada bahan persekolahan dan bas sekolah - tiada satu pun yang terlepas.
Jadi bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - orang yang perlu membuat keputusan ini - keadaannya ibarat di depan api, di belakang duri.
Dalam situasi begini iaitu ketika orang tengah susah, kita meminta agar diberi mandat baharu, silap haribulan merudum....
Belalang - Tak berani ambil risiko jika keadaan tak meyakinkan.
Klik di sini untuk terus membaca