PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak ikhlas kerana meletakkan pelbagai syarat jika mana-mana parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bergabung dengannya bagi membentuk khemah besar pada... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak ikhlas kerana meletakkan pelbagai syarat jika mana-mana parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bergabung dengannya bagi membentuk khemah besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa berkata, beliau pelik dengan sikap Dr Mahathir hanya mahu semua pemimpin dan parti politik mengikut cakap dan syarat ditetapkan beliau jika mahu bergabung dengan Pejuang.

Husam yang juga bekas Exco Kelantan berkata, jika Dr Mahathir benar-benar ikhlas beliau tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat termasuk tidak mahu ada penyertaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kenapa setiap masa orang lain kena ikut syarat Tun sahaja. Setiap kali nak bentuk gabungan baharu Tun letak syarat. Tidak bolehkah jika Tun ikut syarat orang lain pula. Setiap masa Tun letakkan dua atau tiga syarat. Apa salahnya jika Tun betul fikir pasal masa depan negara Malaysia dan rakyat yang menderita.

"Harga barang naik ekonomi kita merundum dan keadaan amat menekan kerana apa sahaja akan berlaku kepada ekonomi, hutang negara semakin bertambah, kadar pengangguran tinggi dan orang kampung hidup susah kerana kuasa beli dan ringgit jatuh.

"Kenapa kita mahu banyakkan syarat. Tun nak selamatkan ekonomi negara dan rakyat atau letakkan diri dalam percaturan kuasa. Kalau betul-betul nak selamatkan negara dan rakyat Tun tidak perlu letakkan sebarang syarat tertentu.

"Apa salahnya kalau Tun bekerjasama dengan Anwar atau Muhyiddin kalau beliau mahu berkorban untuk negara. Kenapa orang lain pula letak syarat kepada Tun? Kalau kita nak bekerjasama dengan pejuang boleh dengan syarat Tun bersara terus dari arena politik tanah air. Apa salahnya jika kita letak syarat begitu?" katanya.

Datuk Husam Musa

Terdahulu, Husam yang juga Pengerusi Sekretariat Save Kelantan, Datuk Husam Musa meminta Dr Mahathir, supaya jangan lupa mengenai perjanjian dibuatnya dengan Anwar mengenai tempoh sebenar beliau sepatutnya memegang jawatan Perdana Menteri ketika PH menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

LIHAT PERJANJIAN

Beliau berkata soal PH tidak menyokong Dr Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri tidak harus ditimbulkan kerana Ahli Parlimen Langkawi itu sudah berjanji untuk menyerahkan jawatan berkenaan kepada Anwar selepas dua tahun.

Husam berkata, beliau mempunyai bukti dan melihat dengan matanya sendiri bahawa Dr Mahathir yang ketika itu adalah Pengerusi Bersatu menandatangani perjanjian sebagai tanda persetujuan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

"Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri sudah janji hari itu dan tandatangan perjanjian dan saya ada jadi saksi kerana saya yang sediakan dokumen berkenaan. Perjanjian itu dibawa ke rumah Dr Mahathir pada pagi hari, dalam perjanjian itu Tun sendiri bersetuju nak jadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun saja.

"Jadi tidak timbul masalah orang undi dia lagi untuk jadi Perdana Menteri sebab dia dah bersetuju dan dia pun sudah bersetuju pegang jawatan berkenaan sehingga dua tahun, (atau) 22 bulan sahaja, dah dekat dua tahunlah, tinggal dua bulan saja lagi," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca