AWANG setuju sangat dengan cadangan nak perkenal kursus integriti dan antirasuah pada peringkat kanak-kanak. Ada cadangan untuk ajar di sekolah rendah lagi. Bak kata orang, melentur buluh biar dari rebung. Pendeknya macam-macamlah pandangan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG setuju sangat dengan cadangan nak perkenal kursus integriti dan antirasuah pada peringkat kanak-kanak. Ada cadangan untuk ajar di sekolah rendah lagi. Bak kata orang, melentur buluh biar dari rebung.

Pendeknya macam-macamlah pandangan untuk perangi soal rasuah dan pulihkan integriti dalam kalangan pemimpin politik, ketua-ketua jabatan, pimpinan korporat dan lain-lain di negara ini.

Pada pendapat Awang, pucuk pangkalnya hati. Sudah terbukti banyak kes rasuah dan salah guna kuasa babitkan orang yang ada latar belakang pendidikan agama yang tinggi.

Ada yang bercakap berdegar-degar guna ayat al-Quran dan hadis, tapi buat perkara yang tak betul.

Ada pula pemimpin parti yang mendakwa Islam mengatakan rasuah tak salah.

Soal rasuah, salah guna kuasa dan integriti ini macam disiplin yang diajarkan di sekolah.

Dalam pekarangan sekolah, semua ikut disiplin. Pelajar tak berani langgar peraturan sekolah. Tapi bila keluar pagar sekolah, jadi tak berdisiplin. Kenapa jadi begitu?

Pada pandangan Awang, pendedahan pelajar kepada persekitaran amat panting. Ibu bapa mereka kena beri contoh yang baik.

Pemimpin setempat kena tunjuk teladan yang betul. Pemimpin negara patut boleh diteladani. Jikalau mereka belajar membenci rasuah di sekolah tapi persekitaran mereka penuh debu rasuah, apa gunanya?

Awang percaya persekitaran yang membenci rasuah dan menjunjung integriti lebih penting daripada pengajaran cara formal di sekolah.

Klik di sini untuk terus membaca