SHAH ALAM - Jalan konkrit mempunyai daya tahan yang tinggi sehingga 30 tahun, namun sukar dibina secara menyeluruh di negara kini memandangkan kosnya lebih mahal sehingga tiga kali ganda berbanding jalan beraspal (tar). Pakar kejuruteraan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jalan konkrit mempunyai daya tahan yang tinggi sehingga 30 tahun, namun sukar dibina secara menyeluruh di negara kini memandangkan kosnya lebih mahal sehingga tiga kali ganda berbanding jalan beraspal (tar).

Pakar kejuruteraan jalan raya dari Universiti Malaysia Pahang, Profesor Dr Mohd Rosli Hainin berkata, daripada segi jangka masa, pembinaan jalan konkrit adalah lebih bagus namun jalan beraspal adalah lebih murah.

Justeru katanya, jalan beraspal lebih banyak dibina di negara ini walaupun ketahanannya mungkin hanya 10 tahun.

"Masalahnya, peruntukan pembinaan jalan di negara kita tidak besar. Tapi kita boleh lihat beberapa contoh seperti jalan di Lebuhraya PLUS dari Air Keroh ke Tangkak, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), jalannya lebih tahan sebab kuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Laporan Sinar Harian.

Mengulas mengenai jalan di negara ini yang dilihat kurang berkualiti dan cepat rosak, Mohd Rosli berkata, ia berkemungkinan disebabkan kurangnya kualiti binaan dan bahan yang digunakan serta dibina pada waktu yang tidak sesuai.

Jelasnya, jalan amat sensitif kepada suhu dan perlu dibina sewaktu bahannya panas iaitu 160 darjah Celsius.

"Jika bahannya suam atau suhunya rendah, ia akan susah untuk padat kerana jalan beraspal menggunakan ‘gam’ iaitu bitumen. Kalau suhunya tidak sesuai, ia tidak kuat untuk mengikat batu berbanding konkrit yang boleh dibina pada suhu biasa.

"Sebab itu, kita lihat antara kesilapan besar orang yang membuat kerja menampal jalan adalah pada waktu yang kurang sesuai menyebabkan ‘gam’ yang digunakan tidak kuat dan boleh mengurangkan kualiti jalan,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca