SHAH ALAM - Masalah jenayah rasuah membabitkan penjawat awam perlu dinilai secara holistik dan saksama bagi membolehkan negara mencari penyelesaian terhadap gejala yang berlaku dalam kumpulan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Masalah jenayah rasuah membabitkan penjawat awam perlu dinilai secara holistik dan saksama bagi membolehkan negara mencari penyelesaian terhadap gejala yang berlaku dalam kumpulan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia bagi pihak #Rasuah-Busters, Nurhayati Nordin berkata, tindakan menghukum penjawat awam sebagai penyumbang utama rasuah dalam negara adalah suatu tafsiran yang tidak adil.

"Penjawat awam dalam negara dianggarkan seramai 1.6 juta orang. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita dapati berapa banyak sahaja penjawat awam yang terlibat dengan rasuah.

"Bukan saya nak kata jumlah itu kecil. Bila dilihat balik hingga April tahun ini, 115 (pesalah rasuah) penjawat awam telah ditahan dan jumlah tersebut sebenarnya berkurangan daripada tahun lepas.

"Pada Oktober tahun lepas pula, jumlah pesalah adalah 104 orang, tu bersamaan dengan 0.01 atau 0.02 peratus daripada keseluruhan penjawat awam,” katanya.

Dari kiri: Moderator, Mohamad Tarmize, Abdullah dan Nurhayati semasa Wacana Sinar Harian edisi ke-351 bertajuk Noktah Rasuah Penjawat Awam yang berlangsung di Studio Sinar Harian Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Jumaat

Beliau berkata demikian semasa menjadi panelis rancangan Wacana Sinar Harian edisi ke-351 bertajuk Noktah Rasuah Penjawat Awam pada Jumaat yang turut disertai oleh Presiden Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Dr Abdullah Sudin dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Mohamad Tarmize Abdul Manaf.

Sehubungan itu, Nurhayati berkata, penyelesaian bagi menangani isu itu perlu tertumpu kepada usaha membina sistem sokongan membanteras rasuah dalam kalangan sebahagian besar penjawat awam yang sememangnya tidak terlibat dengan jenayah tersebut.

"Satu sistem sokongan pertahanan dalam penjawat awam itu sendiri perlu kita tekankan dalam mengangkat kembali ‘frontliners’ (penjawat awam) yang sebenarnya merupakan menjadi pemegang amanah terbesar dalam negara.

"Pemerkasaan ini adalah satu perkara yang kita boleh optimumkan,” ujarnya.

Abdullah ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian edisi ke-351 bertajuk Noktah Rasuah Penjawat Awam yang berlangsung di Studio Sinar Harian Kumpulan Media Karangkraf, di sini, pada Jumaat

Sementara itu, Abdullah berkata, aspek pencegahan sahaja tidak cukup bagi memastikan penjawat awam terhindar daripada melakukan rasuah.

Katanya, ini kerana perkara lebih utama dari segi jangka panjang perlu dilaksanakan bagi memastikan integriti penjawat awam adalah penekanan terhadap pendidikan menyeluruh dari keluarga sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

"Pendidikan (mengenai bahaya rasuah) perlu ke seluruh peringkat sehingga korikulumnya sebati dengan pendidikan negara,” katanya.

Bagi yang beragama Islam pula, Abdullah berkata, mereka perlu disemai dengan kesedaran ketuhanan yang tinggi ketika menjalankan tugas.

"Umat Islam harus ingat bahawa agama kita ada dosa dan pahala. Jadi kos untuk dapat pahala ini dia harus bayar dengan integriti dan amanah. Perkara ini sangat penting,” tegasnya.

Tambahnya, isu pemberian gaji yang rendah juga dilihat tidak mempunyai perkaitan jelas terhadap kecenderungan untuk seseorang individu melakukan rasuah.

Klik di sini untuk terus membaca