TERINGATLAH Awang peribahasa Melayu ‘ada udang di sebalik batu’. Nampaknya apa yang berlaku di Kuala Selangor membabitkan bukan sebarang udang tetapi udang besar dan hebat. Khabarnya Menteri Kewangan jadikan Kuala Selangor ‘daerah... Klik di sini untuk terus membaca

TERINGATLAH Awang peribahasa Melayu ‘ada udang di sebalik batu’. Nampaknya apa yang berlaku di Kuala Selangor membabitkan bukan sebarang udang tetapi udang besar dan hebat.

Khabarnya Menteri Kewangan jadikan Kuala Selangor ‘daerah angkat’. Maka riuh rendahlah orang bercakap tentang apa maknanya langkah Tuk Seri Zafrul itu. Yang komen bukan sahaja ahli Parlimen kawasan berkenaan, orang kuat Parti Amanah, Tuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tetapi juga Naib Presiden UMNO, Tuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata, eloklah Zafrul tumpu pada soal ekonomi negara. Cari jalan atasi krisis ekonomi. Banyak masalah yang melanda negara sekarang, termasuk ekonomi yang lembab dan krisis keselamatan makanan.

Tulis beliau dalam akaun FBnya: "Perbendaharaan negara tidak perlu menjadikan kawasan mana sekalipun anak angkat. Ini adalah dasar sasau dan keliru”.

Awang tak kisahlah kalau Zafrul nak bertanding, itu hak beliau. Siapa sahaja boleh menawarkan diri untuk jadi ahli Parlimen. Tapi selama ini beliau kata tak minat politik setakat nak berkhidmat untuk rakyat.

Mungkin akibat lama jadi menteri, ada juga tersembunyi hasrat untuk kekal sebagai menteri. Dah ada kuasa nak kekalkan kuasa. Ada orang kata politik bukan darah daging beliau. Beliau sendiri kata begitu. Nak berbakti tak perlu ceburi politik. Orang akan ingat jasanya pulihkan ekonomi daripada masuk ke gelanggang yang bukan tempat dia berkubang.

Klik di sini untuk terus membaca