AWANG sebetulnya terkejut dengan kenyataan mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN) di mahkamah. Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang jadi KSN dari September 2006 hingga Jun 2012 berkata, Bossku Tuk Seri Najib beritahu beliau pada masa itu gajinya ‘agak kecil’. Sebab itu Bossku lantik beliau salah seorang Lembaga Penasihat 1MDB.
Dari 30 Ogos 2012 hingga 2 Jun 2016 beliau jadi penasihat dan dapat elaun RM30,000 sebulan. Yang peliknya, tak perlu buat apa-apa. Beliau tak pernah diajak berbincang sebarang isu syarikat itu atau hadir dalam sebarang mesyuarat serta tidak pernah dijemput hadir ke mesyuarat tahunan 1MDB.
Awang tak dapat agak berapa banyak gaji dan elaun seorang KSN. Sebagai orang nombor satu dalam perkhidmatan awam, tentulah gajinya lebih besar daripada seorang Ketua Setiausaha mana-mana kementerian. Sudah tentu jauh lebih besar daripada gaji askar, guru dan kerani. Tak tahulah berapa besar gaji yang dikatakan ‘agak kecil’ itu.
Awang tak berani nak komen panjang hal ini. Bukanlah Awang nak persoal rezeki orang, tapi sedih dengan nasib jutaan rakyat Malaysia yang hidup kais pagi makan pagi. Merekalah akhirnya dibebankan dengan hutang 1MDB. Antara sebabnya, akibat penasihat yang tak beri nasihat yang betul.
Jadi Awang tak hairan kalau ada suara yang desak Sidek pulangkan balik elaun 1MDB itu.
Klik di sini untuk terus membaca